Ust Hashim Jasin tak bertanding PRU13, sapa bakal Menteri Besar Perlis? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, September 19, 2012

Ust Hashim Jasin tak bertanding PRU13, sapa bakal Menteri Besar Perlis?

MalaysianInsider melaporkan:
PAS yakin dapat menawan Perlis dalam pilihan raya umum (PRU) ke 13 berikutan pepecahan yang teruk berlaku dalam Umno negeri tersebut menurut pesuruhjaya PAS negeri Hashim Jasin.

Menurut Hashim, beliau diberitahu oleh bekas menteri besar Datuk Seri Shahidan Kassim bahawa Umno Perlis telah berpecah kepada empat kumpulan.

“Ada empat kumpulan, kalau berdasarkan kata Shahidan itu, iaitu diketuai oleh Shahidan sendiri, MB Datuk Seri Mohamad Isa Sabu, adinda Tuanku Sultan Adun Pauh Syed Razlan dan bekas menteri Datuk Azmi Khalid. - TMI.   
Nampak gayanya, Perlis pun dah tak selamat untuk Umno BN. Kalau ikut faktor geografi patutnya Perlis dah dapat kat Pakatan Rakyat masa PRU12 lagi sekali dengan Kedah.

Tah apa sebab Perlis tak jatuh aku taktau tapi ada member yang kerja kat Perlis bagitau antara faktor yang kuat adalah faktor Shahidan.

Shahidan ni walaupun nampak teruk tapi orang Perlis ramai sayang kat dia pasai dia ni depa kata sangat pemurah dan jenis hemoi muka tak malu.

Walaupun realitinya Shahidan memang bolot sungguh  masa dia jadi Menteri Besar dulu, tapi dia tak makan sorang, dia selalu melabor untuk ambik hati pengundi Perlis. Ditambah dengan sifat hemoi tak tau malu, memang ramai yang malu alah dengan dia.

Lagi satu, member tu jugak bagitau, Shahidan punya stail politik cantas pun cukup hebat. Mat Isa Sabu sebagai Menteri besar pun lansung dia tak heran.

Kalau dah berpecah sampai 4 puak peluang untuk calon Pakatan Rakyat menang dengan undi sabotaj memang cukup besar. Ditambah pulak dengan 80% undi orang cina, memang peluang untuk rampas Perlis cukup besar.

Cuma yang aku sikit mushkil pasai apa pulak Ust Hashim Jasin sebagai pesuruhjaya PAS Perlis takmau bertanding masa PRU13 nanti.

MalaysianInsider juga melaporkan:
“Saya nak maklumlah, dalam pilihan raya akan datang ini saya tidak bertanding dah. Ini Ustaz Hadi (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) tahu dah.

“Saya dah cari ganti saya dan dah ada dah (untuk DUN Sanglang) dan ada dalam Dewan Harian.

“Saya pun dah tolong perkenal dia,” katanya lagi - Ibid. 
Dia tak teringin nak jadi Menteri Besar macam Ust Azizan ka? Kalau Ust Azizan boleh takkan Ust Hashim Jasin tak boleh?

Kalau bukan Ust Hashim sapa yang akan jadi Menteri besar? Takkan Anuar Tahir kut? Dia bukan Anwarinas ka? Hahaha...

Berkaitan


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...