Timbalan presiden PAS Mohamad Sabu mengingatkan supaya umat Islam tidak mencerca agama lain dalam menyatakan kemarahan atas penerbitan filem "Innocence of Muslims" yang didakwa menghina Rasulullah SAW.
Tegasnya, kemarahan tersebut hanya perlu ditujukan kepada pembikin filem yang dianggapnya "cukup menjijikkan" dan terhadap Amerika Syarikat yang melindungi individu yang betanggungjawab terhadap filem itu.
"Jangan membalas dengan mencerca dan menghina agama lain. Kemarahan kita tertumpu kepada orang yang melakukan penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW.
"Jangan ada unsur-unsur untuk menghina agama lain sama ada Hindu, Buddha, Toisme atau Kristian. Ia bukan ajaran agama Islam," katanya ketika dihubungi Malaysikini hari ini. - Mkini.
Satu peringatan yang sangat wajar dari seorang pimpinan tingi PAS walaupun bukann bertaraf ulama'.
Situasi macam ni memang mudah untuk diambil kesempatan oleh pihak-pihak tertentu untuk melaga-lagakan antara orang Islam dan orang bukan Islam. Atau dari realiti sudut politik Malaysia, antara orang PAS dengan orang DAP.
Puak-puak yang mengaku nak bela nabi ni pun bukan semua boleh harap, tambah-tambah yang jenis pantang ada masalah sikit terus sebut nak jihad lawan orang kafir tapi tahap kefahaman lebih kurang aku ja, tak tara mana.
Bukan maksud aku jihad nak lawan orang kafir tu tak betul, malah memang dituntut dalam Islam tapi kena tengok pulak jenis kafir yang macamana. Bukan kata kafir saja kita wajib jihad.
Nak kena tengok jugak sebab musababnya. Memang langsung tak kena kalau sorang punya angkara semua orang kafir yang kita jumpa kita nak belasah. Lain la kalau semua orang kafir yang kita jumpa tu sokong tindakan melampau orang kafir yang celaka tu.
Itu pun kita tak boleh ambil tindakan sendiri-sendiri ikut suka kita. Negara ni ada undang-undang, bahkan dalam Islam pun ada peraturan atau kaedah nak berjihad ni, bukan boleh belasah ikut suka.
Apa pun, bagi yang mampu melapangkan diri, jangan lupa peluang untuk menzahirkan usaha nak membela nabi dan mengutuk penghinaan ke atas nabi macam poster kat bawah ni
[Sumber: Facebook] |
Berkaitan
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis