KUALA LUMPUR, 16 Ogos — Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, berpendapat bahawa kenyataan Mursyidul Am parti tersebut, Datuk Nik Aziz Nik Mat, adalah pandangan peribadi beliau semata-mata.
Beliau berkata, ini adalah percubaan media arus perdana untuk memainkan sentimen kepartian untuk memecahbelahkan pimpinan PAS.
“Saya rasa tak perlu ulas panjang tentang isu ini, pihak pimpinan akan berbincang tentang hal ini,” katanya lagi. - TMI.
Harakahdaily pulak melaporkan:
[Sumber: Hrkh] |
Tapi kalau tengok kenyataan Ust Tuan Ibrahim Tuan Man, nampak macam ada harapan Ust Nasha akan 'kena' kali ni.
Harakahdaily melaporkan:
“Secara asasnya, kenyataan beliau ini bertentangan dengan apa yang beliau sendiri ucapkan dalam muktamar bahawa keputusan Tahaluf Silasi bersama dengan DAP dan PKR telah melalui satu perbincangan mendalam dengan para ulamak muktabar. Ia bukannya keputusan di kedai kopi atau di tepi jalan,” kata Tuan Ibrahim Tuan Man.Kalau tengok ke kenyataan media yang Ust Nasha buat lewat petang semalam, aku tak yakin jawapan dia tu boleh memuaskan hari Majlis Syura' dan Jawatankuasa PAS Pusat.
Oleh sebab itu, kata Tuan Ibrahim, Nasharuddin perlu menjelaskan kedudukan beliau.
"Dan sekiranya kenyataan ini diselewengkan, maka kita harap beliau dapat membuat penjelasan bagi mengelak kekeliruan berpanjangan,” tegas beliau.
Sekiranya Nasharuddin tidak mengambil inisiatif tersebut untuk menjelaskan kedudukannya, Tuan Ibrahim berkata PAS Pusat bersama Majlis Syura akan berbincang untuk tindakan seterusnya dalam mesyuarat akan datang. - Hrkh.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis