KUALA TERENGGANU: Tema Hari Kebangsaan tahun ini 'Janji Ditepati' sama sekali tidak merupakan retorik politik sebaliknya ia berlandaskan kepada tuntutan agama.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tema itu sebagai bukti kerajaan Barisan Nasional (BN) berpegang kepada al-Quran dan Sunnah dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap rakyat keseluruhannya.
"Tema ini berpaksikan kepada rukun agama. Kita (BN) berjuang untuk tepati janji kepada rakyat. Kita akan tepati janji kita untuk beri kepercayaan pada rakyat. Kita mahu membuktikan negara kita adalah negara Islam contoh," katanya. - mStar.
Nampaknya sempena bulan Ramadhan yang mulia ni, Najib pun nak jugak kelihatanIislamik walaupun selama ni Najib macam langsung tak ambik peduli dengan hukum dan syiar Islam.
Malangnya usaha Najib nak bagi nampak Islamik tu langsung tak menjadi. Kalau tanyak aku, mungkin lebih tepat kalau aku kata Najib buat satu lagi statement BANGANG.
Tapi sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak ni, mungkin lebih mulia kalau aku kata Najib buat lawak di bulan Ramadhan.
Tak lawak apanya kalau statement bangang Najib tu tak masuk langsung. Memang la tak salah kalau nak gunakan tema yang berlandaskan tuntutan agama tapi kalau betul berlandaskan agama pun biarla tema yang sesuai dengan 'ruh' Hari Kebangsaan yang sepatutnya sikit sebanyak menggambarkan kemerdekaan ataupun yang boleh memupuk kecintaan kepada watan.
Hari Kebangsaan tu untuk 'merayakan' merdekanya Tanah Melayu atau Malaysia, bukannya untuk merayakan hari kerajaan Umno BN.
Tema 'Janji Ditepati' tu langsung tak masuk, lain la kalau tema untuk manifesto pilihanraya Umno BN tema tu mungkin la sesuai.
Yang aku tak boleh tahan tu bila Najib kata pemilihan tema tu "berpaksikan kepada rukun agama" dan "sebagai bukti kerajaan Barisan Nasional (BN) berpegang kepada al-Quran dan Sunnah." Nak bagi nampak Islamik pun agak-agak la sama...
Aku dah jadi sikit mushkil sekarang ni. Tema BANGANG "Janji Ditepati" tu hasil otak bangang Rais Yatim ka atau oak BANGANG Najib Rosmah atau pun mungkin jugak hasil bergu dua otak depa... Hahaha...
[Sumber imej: Pancaroba]
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis