Terima kasih kepada pengkomen yang bagitau aku tersilap. Bila aku baca balik memang betul yang jadi pengasuh Tengku Ismail tu Jamil Kucing bukannya Uncleseekers.
Jadinya atas kesilapan aku tu aku nak minta maaf kepada ketiga-tiga pihak iaitu TMJ, Uncleseekers dan Jamil Kucing.
Harap-harap takdak yang saman aku pasai kesilapan aku ni.
Saya sendiri CONTOHNYA cukuplah .beberapa tahun jaga ku tik. basuh berak ku tik. suap makan. pakaikan baju. ikut ke sekolah. teman ku tidur. dodoi ku ketika bangun tidur, teman ku berenang. selepas hampir 10 tahun meninggalkan istana. - Uncleseekers.
Semalam Malaysiakini melaporkan Tengku Mahkota Johor gelar Uncleseekers sebagai anjing.
[Sumber: Mkini] |
Kalau nak banding apa yang Hj Nizar tweet hari tu dengan apa yang Uncleseekers tulis dalam blog dia macam langit dengan bumi, memang tak patut sangat kalau hj nizar disiasat tapi Uncleseekers langsung tak disiasat. Setakat hari ni saja pun dah 63 siri dia tulis membelasah Sultan Johor dan kerabatnya.
Mungkin jugak sebelum ni polis tak siasat Uncleseekers ni pasai takdak laporan polis dibuat tapi hari Ahad lepas 30 individu dah buat laporan ke atas Uncleseekers ni. Kalau pihak polis tak buat siasatan jugak maknanya memang ada sesuatu yang nak disembunyikan.
Ataupun mungkin jugak pasai Umno pun suka Uncleseekers ni belasah kerabat Johor macam yang MSK tulis dalam MediaPerak.com "
Mengapa tidak ada sebarang tindakan terhadap Uncleseekers sedangkan Umno lah yang selama ini menyalak bahawa merekalah pembela Raja-Raja Melayu?Berkaitan
Adakah Umno merestui tindakan Uncleseekers ini? - MediaPerak.com
- Sultan Johor Atau Kerabatnya? (Part 63) - Uncleseekers
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis