Mazlan Aliman salahkan PKNK dan Mahfuz pulak bela tapi Ust Azizan masih membisu? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Julai 17, 2012

Mazlan Aliman salahkan PKNK dan Mahfuz pulak bela tapi Ust Azizan masih membisu?

FreeMalaysiaToday melaporkan:
PETALING JAYA: Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK) Mazlan Aliman mahu Perbadanan Kerajaan Negeri Kedah (PKNK) menjual kembali saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) sekiranya mereka telah membelinya.

“Kita konsisten dengan pendirian menentang FGVH. Saya telah nyatakan pendirian saya dalam mesyuarat PAS Pusat.

“Jika benar, saya akan bantah kerana ia bertentangan dengan solidariti parti komponen Pakatan Rakyat.

“Kita juga akan mencadangkan agar syarikat berkaitan kerajaan tersebut menjual saham dan memohon maaf pada rakyat,” kata Mazlan yang juga ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat dan Ketua Penerangan PAS Johor. - FMT.
MalaysianInsiders pulak melaporkan:
KUALA LUMPUR, 16 Julai – PAS melihat pemilikan 500,000 unit saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) oleh anak syarikat kerajaan negeri Kedah, yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat (PR) Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) adalah disebabkan “salah urus” kakitangan syarikat berkenaan yang “telah biasa” membuat keputusan tanpa merujuk kepada lembaga pengarah syarikat berkenaan.

Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar (gambar) menjelaskan, kakitangan syarikat tersebut berkemungkinan telah membuat keputusan untuk membeli saham FGVH itu berdasarkan faktor keuntungan, dan bukannya berdasarkan “pegangan politik” kerajaan negeri tersebut.

“Mereka (kakitangan) PKNK itu bekerja dengan profesional. Mereka mungkin telah biasa dengan sistem yang melangkaui keputusan lembaga pengarah yang diamalkan ketika pemerintahan Umno.

“Bagaimanapun saya tidak menyalahkan mereka. Keputusan itu dibuat dengan mengambil kira faktor keuntungan, bukannya pegangan politik kerajaan negeri,” kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu ketika sidang media di lobi Parlimen hari ini. - TMI.
Kalau aku ada kuasa untuk buat keputusan, aku tentu pilih cara Mazlan Aliman, jawapan yang cukup tegas walaupun masih berlapik.

Aku yakin majoriti ahli dan penyokong Pakatan Rakyat dan jugak warga Felda yang menentang penyenaraian FGVH boleh terima kalau PAS ambil pendirian macam pendirian Mazlan Aliman tu.

Mungkin ada sikit rasa terkilan tapi kira ok la pasai mau mengaku silap, segera jual balik saham tu dan minta maaf secara terbuka.

Yang aku sikit heran macamana Mahfuz boleh bagi komen macam yang MalaysianInsider laporkan tu. Pasai apa pulak kita tak boleh salahkan pengurusan PKNK sedangkan depa tu secara tak langsung sebenarnya makan gaji dengan kerajaan negeri dan depa kena ikut 'rentak' kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

Lagi pun, pelaburan tu bukannya kecik anak, melibatkan dana lebih RM2juta duit PKNK. Memang la pelaburan tu mungkin menguntungkan dari segi ringgit dan sen tapi dari segi politik memang sah-sah merugikan kerajaan Pakatan Rakyat Kedah.

Aku langsung tak pecaya takdak langsung unsur sabotaj. Takkan la CEO PKNK tu bangang sangat bab politik sampai bacaan dan perkiraan politik yang mudah macam tu pun dia taktau. Pada aku CEO PKNK ni memang patut dikenakan tindakan dan ditukar ke jawatan lain atas kesalahan "salah urus" kakitangan PKNK tu.

Selain dari penjelasan yang Setpol MB Kedah bagi macam yang aku salin tampal sebelum ni dalam artikel "Jawapan Setpol MB Kedah isu PKNK beli saham Felda Global Ventures", dia ada tambah lagi macam kat bawah ni:

[Sumber: Facebook]
Harga tertinggi setakat ni cuma RM5.50 dan harga semalam RM5.31 ( klik untuk semak harga semasa FGVH) Harapnya PKNK segera jual saham FGVH tu tumpang masih lagi buat untung. Kalau tunggu lebih lama tak mustahil harga saham FGVH tu akan turun lagi.

Yang lebih penting lagi apa komen Ust Azizan sendiri sebagai Pengerusi PKNK. Takkan nak terus membisu isu ni kot. Takkan tak teringin nak komen kut. Takkan takdak wartawan yang berani tanya Ust Azizan pasai isu ni kut.

Apa pun aku harap Ust Azizan tak bagi komen yang lebih menyusahkan akar umbi PAS untuk jawab isu ni. Paling baik kalau Ust Azizan sebagai Pengerusi PKNK ambik tanggungjawab atas 'salah urus' kakitangan PKNK tu dan mintak maaf atas nama PKNK. Tak payah la bersilat sampai tergeliat lidah, nanti lagi ramai yang meluat.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...