Ini rasanya dah kali ketiga dalam bulan julai ini dibuat himpunan membantah akta zalim, akta kejam atau akta tidak berperikemanusia yang masih berada dimuka bumi tanahair ini, kononya Najib dah bubarkan tapi masih terdapat 45 orang tahanan dibawah akta celaka itu didalam kem tahanan kemunting (KEMTA).
Kali pertama dalam bulan julai himpunan ini kehadiran peserta tidaklah memberansangkan, sekitar 50 saja, kali kedua jumlahnya bertambah mencecah lebih 300 peserta dengan kehadiran 3 artis dan beberapa pimpinan peringkat kawasan dan hari ini kali ketiga jumlahnya bertambah berlipat kali ganda, 1500 peserta hadir.
Itu tidak termasuk hampir 600 ke 1000 peserta yang terkandas kerana sekatan jalan raya yang dibuat oleh pihak polis yang dikatakan sengaja menyekat rombongan peserta yang keseluruhanya dari Kawasan Larut dari menyertai himpunan ini menurut Ust Akmal Kamaruddin. Jelas sistem demokrasi dinegara ini telah komuniskan oleh mereka hari ini.
Seorang peserta dari Larut melahirkan rasa kecewa dengan apa yang diperlakukan oleh pihak polis hari ini.
"Kami datang agak jauh dari Selama, Batu Kurau dan ada yang dari Ijok semata-mata ingin bersama menyatakan sokongan kami dalam membantah akta ISA ini,kami ada lesen motorsikal, kami pakai topi keledar dan kami tak bawa apa-apa bendera politik... kami hanya datang hanya sebagai rakyat yang cintakan keadilan dinegara ini." ujarnya.
Ait!! Mana gambar bekas Ketua Pengarah JSJ tu, takkan takdak?
Baca sepenuhnya di blog Orang ni
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis