Bukti Dr. Mahathir takut dengan Himpunan Hijau ke Putrajaya | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Jun 04, 2012

Bukti Dr. Mahathir takut dengan Himpunan Hijau ke Putrajaya

Jarang sangat Dr. Mahathir nak komen pasai program atau aktiviti PAS terutamanya kecuali kalau program atau aktiviti tu boleh bagi kesan politik yang besar kepada Umno BN.

Banyak dah program atau aktiviti yang PAS buat sebelum ni yang dr. Mahathir tak ulas langsung contohnya himpunan "PAS ganti Umno" yang cukup meriah di sebelah pantai timur tapi Dr. Mahathir langsung tak ulas. Mungkin dia nampak program tu takkan bagi kesan yang besar kepada Umno dan BN untuk terus mempertahankan Putrajaya.

Contoh satu lagi macam Himpunan Bersih 3.0 sebelum ni, sungguh-sungguh Dr. Mahathir cuba untuk ubah persepsi hasil dari himpunan Bersih 3.0 tu. Dia cuba ujudkan persepsi yang Pakatan Rakyat sebenarnya nak gulingkan kerajaan melalui rampasan kuasa secara demonstrasi.  
Pasainya Dr. Mahathir pun boleh nampak kalau dibiarkan macam tu saja tentu akan ujud persepsi yang akan merugikan Umno BN malah mungkin akan jadi antara punca Umno BN tumbang pada PRU13 nanti.

Macam tu jugak dengan Himpunan Hijau ke Putrajaya yang berlangsung Jumaat lepas di Stadium DarulAman. Walaupun media penchachai cuma memperkecilkan program tu tapi mungkin Dr. Mahathir rasa usaha tu takkan berjaya.

Tambah-tambah dengan perkembangan terbaru Dr. Mahathir mengaku yang dia salah congak kuasa Internet. Pasai tu lah masa melancarkan MSC Dr. Mahathir berjanji takkan sekat apa-apa di internet. Tapi perkembangan terbaru Dr. Mahathir menggesa pulak kerajaan supaya diadakan sekatan di Internet. Pasainya mungkin Dr. Mahathir baru sedar yang kuasa media baru di Internet dengan mudah boleh kalahkan media konvensionak macam akhbar cetak dan television.

Dr. Mahathir pun sedar dengan kuasa media baru di Internet kejayaan Himpunan Hijau ke Putrajaya tu takkan dapat disorok dari rakyat dan tentu punya akan banyak mempengaruhi PRU13.

Sekurang-kurangnya himpunan sebesar tu akan mempengaruhi sikit sebanyak mempengaruhi sokongan orang atas pagar terutama sekali di Kedah yang merasa sendiri kesan ramainya peserta himpunan tu.

Himpunan tu jugak menunjukkan yang PAS memang bersungguh-sungguh untuk ke Putrajaya dan memang dah bersedia untuk menghadapi PRU13

Pasai tu lah kut Dr. Mahathir cuba jugak untuk ujudkan persepsi negatif dengan kata "Jumlah besar yang membanjiri program PAS di Kedah tidak akan diterjemahkan di kertas undi" sambil menegaskan peserta dibayar untuk menghadirinya.

Malaysiakini melaporkan:

[Sumber: Mkini]


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...