SPR panjangkan tempoh kempen untuk elak dikata BANGANG | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Mei 17, 2012

SPR panjangkan tempoh kempen untuk elak dikata BANGANG

Aku perasan macam ada usaha SPR nak perbaik persepsi orang ramai kepada SPR. Contohnya semalam mStar melaporkan yang SPR mungkin akan perpanjangkan tempoh berkempen. Nampak macam nak ujudkan persepsi konon-kononnya SPR boleh bertolak ansur.

Bersih 2.0 tuntut supaya tempoh berkempen minima 21 hari tapi SPR sebelum ni cuma setuju untuk panjangkan tempoh kempen ke 10 hari dari cuma 7 hari pada PRU sebelum-sebelum ni.

Tapi bila difikir balik, SPR sebenarnya bukan pun nak panjangkan tempoh berkempen tu tapi lebih kepada kesesuaian hari. Pasai tu la disebut kemungkinan 15, 16 atau 17 hari.
Kalau tempoh berkempen 10 hari maknanya hari penamaan calon tak boleh dibuat pada hari Sabtu atau Ahad macam sebelum ni. Kalau penamaan calon nak dibuat juga hari Sabtu atau hari Ahad maknanya hari mengundi pulak kena dibuat pada hari bekerja.

Jadinya untu membolehkan hari penamaan calon dan hari mengundi diadakan pada hari Sabtu atau Ahad, tempoh kempen akan dipanjangkan kepada 2 minggu. Kalau penamaan calon dibuat pada hari Sabtu dan hari pengundian pun hari Sabtu maknanya tempoh berkempen 16 hari tapi kalau hari pengundian dibuat pada hari Ahad tempoh berkempen akan jadi 16 hari.

Konon nak bagi nampak macam SPR masih boleh bertolak ansur, padahal depa nak elakkan dari cadangan BANGANG sebelum ni yang kata tempoh berkempen 10 hari.

Persepsi ke atas SPR ni tak upaya nak buat dah. Dah teruk sangat dah tambah-tambah bila terbongkar yang Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR ahli Umno. Dan yang aku paling heran depa dua orang tu dengan muka tak malu tanpa rasa bersalah tetap jugak dengan jawatan depa.

Dalam keadaan sekarang ni, buat a apa pun, dah tak jadi apa dah. Persepsi ke atas SPR cuma akan boleh dibaiki kalau Umno BN tumbang masa PRU13 nanti. Selagi Umno BN berkuasa toksah mimpi la SPR akan dilihat adil.

Kecuali la kalau Umno BN tiba-tiba jadi baik, bersetuju dengan semua 8 tuntutan Bersih 3.0 dan buat PRU13 selepas semua tuntutan tu dilaksanakan.

mStar melaporkan:

[Sumber: mStar]
[Sumber imej: MediaPerak.com]


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...