Aku ingat nak stop tulis tentang bersih ni semalam. tapi bila ramai yang hantar mesej, email dan telefon..dan aku tak larat nak jawab setiap orang, maka aku buat keputusan untuk tulis posting terakhir tentang Bersih 3.0 ini.
Semua soalan dan mesej berkisar tentang tajuk yang sama. Adakah akan ada Bersih 4,0 ataupun akan berlaku revolusi?
Ramai yang kata bahawa revolusi tidak akan berlaku di Malaysia. Malah semasa perhimpunanBersih pun, ramai yang datang kerana diberikan jaminan oleh Menteri Dalam Negeri kerajaan tak ada masalah dengan Bersih. Malah, Hishamuddin bagi tau lagi, bahawa Bersih bukan ancaman keselamatan. Atas jaminan itu, maka rakyat berani turun.
Tapi bila tengok rakyat yang turun terlalu ramai, malah bukan di KL saja..Najib dan Hishamuddin jadi takut.
Najib dan Hishamudin terpkasa mencari jalan macam mana nak kawal Bersih 3.0 dan Datuk Bandar dipergunakan untuk menghalang perhimpunan Bersih dengan tidak membenarkan Dataran Merdeka digunakan. Apabila arahan Datuk Bandar tidak diendahkan, Najib menggunakan polis untuk melakukan sesuatu.
Mengapa Najib dan Hishamudin membuat U-turn pada saat akhir?
Oleh kerana Raja Petra sudah menulis dalam blognya, maka ia bukan rahsia lagi.
Najib mendapat maklumat bahawa ada pihak-pihak tertentu mahu menjadikan Bersih 3.0 ini sebagai pencetus Malaysian Spring dengan menawan Dataran Merdeka. Najib takut kalau-kalau Dataran Merdeka akan menjadi Dataran Tahrir atau Dataran Tianmen, maka sebab itu ia mengarahkan Datuk Bandar mengharamkan penggunaan Dataran Merdeka.
Najib juga mendapat tahu bahawa semua ahli parti pembangkang diarahkan untuk turun ke KL dan tidak menghadiri program Bersih negeri. Aku juga mendapat arahan tersebut, tapi oleh kerana aku sudah terlibat secara langsung dengan program negeri, aku tak boleh undur.
Maklumat yang diterima, sesuatu akan berlaku semasa perhimpunan itu. Revolusi akan tercetus dan Dataran Merdeka akan menjadi Dataran Tahrir. Aku tak setuju dan tidak turun ke KL.
Mengapa aku tak setuju?
Dah banyak kali aku tulis..revolusi bukan dirancang. Ia berlaku secara sepontan. Dan revolusi juga bukan dicetuskan oleh para demonstran atau ahli politik pembangkang, sebaliknya revolusi akan dicetuskan oleh parti pemerintah sendiri.
Revolusi yang dirancangkan pada 28 April lalu gagal kerana ia “dirancang”. Ia tidak berlaku secara sepontan. Tetapi apa yang berlaku pada 28 April lalu, sebenarnya membakar api revolusi.
Lebih 200,000 orang melihat dan mengalami sendiri kekejaman polis. Dengan Facebook dan youtube, rakyat diseluruh dunia melihat sendiri apa yang berlaku. Penipuan, pembohongan dan manipulasi pemberitaan yang dibuat oleh media kawalan BN membuatkan rakyat semakin meluat.
Semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur pula mengumumkan akan mencari 49 suspek yang dikatakan menjadi perusuh. Dalam masa yang sama, tidaka da seorang pun anggota polis yang dicari kerana bertindak diluar batas undang-undang.Laporan dalam malaysiakini dibawah membuatkan rakyat semakin tidak percaya kepada polis.
However, when pressed further on a series of images depicting a traffic policeman aiming a pistol at protesters as well as other photographs and videos on police assaulting protesters, Mohmad irritably replied: “Where is the proof? Show us. These are only allegations which must have proof.”
Polis boleh dapat gambar-gambar para demonstran yang dikatakan merusuh, tapi tak nampak bukti-bukti kekejaman polis yang disiarkan dalam Facebook dan Youtube! Apabila polis bertindak sebegini, kepercayaan rakyat terhadap polis hilang dan rakyat sendiri akan menjadi hakim.
Apa yang dilakukan oleh polis hanyalah menuang petrol keatas kayu-kayu api yang sudah terkumpul dan kering semasa perhimpunan Bersih.
Baca seterusnya di MediaPerak.com
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis