Depa guna hujjah kalau SPR tak adil macamana boleh ada calon pembangkang menang pilihanraya. Bukan setakat menang kerusi Parlimen atau Dun malah boleh menang banyak kerusi sampai boleh perintah negeri.
Tak faham sungguh aku macamana depa masih sanggup guna hujjah yang BANGANG macam tu. Penat pemimpin pembangkang cerita depa tak mau dengar, tak mau ambil faham.
Bukan setakat puak-puak karat Umno kut kampung saja yang suka guna hujjah bangang macam tu, rupa-rupanya dalam sidang parlimen pun ada jugak yang masih guna hujjah BANGANG tu.
Hansard parlimen Khamis, 5 April 2012 tercatit:
Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman [Lipis]: Itu Ipoh Barat, menang tidak ada fair lagikah?Mana boleh guna hujjah masih ada calon pembangkang yang menang pilihanraya untuk justifikasikan yang SPR tu adil.
Tuan M. Kulasegaran [Ipoh Barat]: Bukan secara, you... [Disampuk]
Dato' Dr. Mohamad Shahrum Osman [Lipis]: Jawab! Tidak ada fairkah? Kalau tidak, Yang Berhormat Ipoh Barat pun tidak boleh menang.
Datuk Raime Unggi [Tenom]: Jawab Yang Berhormat Ipoh Barat, jawab.
Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman [Lipis]: Sana itu Yang Berhormat Kuala Langat pun tidak boleh menang, itu Yang Berhormat Balik Pulau pun tidak boleh menang..
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat, Yang Berhormat...
Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman [Lipis]: Siapa lagi...
Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat, Yang Berhormat...
Dato’ Dr. Mohamad Shahrum Osman [Lipis]: Ini Yang Berhormat Tumpat pun tidak boleh menang... [Dewan riuh]
Datuk Raime Unggi [Tenom]: Jawab Yang Berhormat Ipoh Barat. - Hansard Parlimen.
Macam yang dulu selalu Mat Sabu sebut dalam ceramah dia dulu. Kalau ikut sistem demokrasi di Malaysia kalau dapat sokongan 50.01% pun dah dikira menang, lebih 1 undi pun dikira menang.
Tapi untuk calon pembangkang nak kena dapat sokongan sebenar paling kurang 55% baru boleh menang. Kalau kurang dari tu mungkin kalah pasainya sokongan lebih 5% tu nak kena ada untuk tutup penipuan Umno BN termasuk ketidakadilan SPR.
Sepatutnya menang dah menang tapi sebab SPR tak adil dan perjalanan pilihanraya yang tak bersih, calon dari parti pemerintah dapat tambahan undi. Buka sikit-sikit punya tambahan undi tapi pertambahan sehingga lebih 5% undi.
Kalau SPR betul-betul adil dan pilihanraya di Malaysia betul-bersih, dah lama Umno BN tumbang.
Kalau tengok kepada undi popular untuk PRU12, BN cuma dapat 50.28$ undi berbanding pembangkang yang dapat 49.71%. Kalau ditolak tambahan 5% yang BN dapat sebab SPR tak adil dan perjalanan pilihanraya yang tak bersih, besar kemungkinan Umno BN tumbang. Macam tu jugak masa PRU tahun 1990, BN cuma dapat 52% undi popular.
Pasai tu lah BERSIH tuntut piliahanraya yang betul-betul bersih supaya yang dapat sokongan lebih yang menang bukannya yang dapat sokongan kurang pulak yang menang sebab SPR tak adil dan pilihanraya yang tak bersih.
Pasai itulah jugak rakyat sanggup turun ke jalan raya bersama BERSIH menuntut pilihayraya yang bersih walaupun terpaksa berdepan dengan FRU yang bukan saja bersenjatakan perisai dan belantan tapi juga semburan air kimia dan tembakan gas
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis