Sama ja macam BN, PR pun tak peduli pasai OKU? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Mac 18, 2012

Sama ja macam BN, PR pun tak peduli pasai OKU?

Semalam tercatat satu sejarah baru bagi Malaysia bila berlangsung satu himpunan yang menuntut hak orang kurang upaya (OKU).

Belum pernah lagi kut rasanya ada himpunan OKU macam tu sebelum ni, himpunan untuk serahkan memorandum kepada SUHAKAM tuntutan OKU.

Aku tak pasti pulak himpunan ni boleh dipanggil demonstrasi atau tak, pasainya aku tak dapat gambaran sebenar macamana bentuk program tu.

Bila aku tanya pakcik google, pakcik google pun tak boleh bagi jawapan yang meyakinkan. Takdak jawapan sebenarnya. Maksud aku takdak laporan pasai himpunan tu kecuali yang Harakahdaily laporkan.  

Apa pun, dari laporan tu dan jugak pemerhatian aku selama ni,  aku rasa macam bukan saja Umno BN tak berapa nak ambil berat pasai OKU ni, Pakatan Rakyat pun lebih kurang sama ja.

Aku rasa Pakatan Rakyat patut masukkan sekali berkenaan OKU ni dalam manifesto Pakatan Rakyat untuk PRU13 nanti. Pakatan Rakyat perlu ada satu pelan bertindak untuk pastikan nasib OKU lebih terbela di masa akan datang.

Mungkin sangat tepat macam yang Ronasina tulis dalam blog dia "Orang politik berkelahi, nasib OKU ibarat tahi"
Ini membuatkan penulis membayangkan jika di Malaysia terdapatnya pusat serenti untuk program pemulihan bagi penagih dadah mengapa tidak ada pusat pemulihan untuk OKU? Pusat Serenti wujud hampir di setiap daerah dan belanjanya pastilah besar dan jika penagih dadah dianggap pesakit bagaimana dengan OKU? - Ronasina.
Sikit sebanyak aku rasa aku boleh faham rasa hati Rosasina tu pasai aku ada sorang anak saudara yang autisma. Apa sangat yang kakak dan abang ipar aku boleh buat di Kuala Terengganu tu.

Pasai tu la aku cukup hormat orang macam Dr. Hasnah Toran yang sungguh-sungguh nak bela nasib OKU terutama sekali kanak-kanak autisma.

Jerih perih dia ujudkan Makmal Autism UKM/Ulu Langat macam tak berapa nak dipedulikan. Aku tak pasti berapa geran yang dia berjaya dapat, (tu pun kalau ada) yang pastinya memang tak cukup untuk tampung operasi makmal tu.

Pasai tu la depa terpaksa buat Jamuan Makan Amal Autisma pada tahun lepas. Dengarnya sambutan menggalakkan jugak, boleh la kut dapat tambahan dana untuk tampung operasi.

Selain tu depa juga ada buat dan jual car stickers, buttons dan beberapa barang souvenir untuk cari dana tambahan untuk tampung kos operasi dan aktiviti makmal tu.

Untuk tahun ni depa rancang buat GOLF AMAL AUTISMA UKM 2012. Jadinya bagi kaki-kaki golf yang selama ni perabih duit di padang golf, elok sangat la hangpa pakat sertai golf amal tu.

Kalau sebelum ni perabih duit saja-saja, elok la sekali sekala perabih duit di padang golf sambil bantu tabung Makmal Autisma UKM/Ulu Langat tu.
Makmal Pembelajaran Autisma akan mengadakan GOLF AMAL AUTISMA UKM 2012 pada 8 April 2012 di Kelab Golf Danau UKM untuk mengumpul dana menampung kos operasi Makmal.

Kenapa anda perlu sokong acara ini? Team Makmal Autisma bekerja keras mengadakan
1. model classroom untuk penyelidikan dan latihan guru
2. parent education class setiap bulan ...
3. melatih guru-guru PDK seluruh Malaysia (dgn kerjasama Semai Bakti) demi meningkatkan kualilti perkhidmatan untuk anak2 istimewa.

Bagaimana anda boleh menyokong?
1. Tolong carikan penyumbang (penyumbang akan menerima tax exemption).
2. Anda sendiri menyumbang (tidak kira brp)
3. Tolong carikan sponsor untuk hadiah (eg barangan elektrik, voucher spa, hampers etc)
4. Beli flight utk main golf (RM4000 utk 4 pemain.
5. cari pembeli flight & anda main
6. bersedia utk ditemubual untuk satu bab dalam buku yg akan diedarkan pd acara itu 7. jadi sukarelawan semasa acara tersebut (mula 6.30pg).

Semoga impian team makmal utk suatu hari menubuhkan Center of Excellence on Disability Research n Practice akan termakbul demi untuk memantapkan perkhidmatan utk anak2 istimewa.

Sebarang pertanyaan dan cadangan, sila emel ke makmalautisma@yahoo.com atau telefon 03-8921 6286 (Suzi). - SinarRaudhah
[Sumber: Facebook]
Apa pun, aku harap sangat Pakatan Rakyat ambil berat pasai OKU ni, jangan jadi macam Najib Rosmah yang perabih beratus ribu cuma untuk majlis anak bertunang.



Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...