Contoh betapa BANGANGnya blogger penchachai... | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Mac 09, 2012

Contoh betapa BANGANGnya blogger penchachai...

Nak gelak pun ada bila aku baca apa yang bloggeer penchachai tulis dalam blog depa. Nampak sangat betapa BANGANGnya depa tu. Memang membazir duit sungguh la Umno bayar mahal-mahal untuk tulisan BANGANG macam tu.

Yang lebih lawak lagi, siap tak rasa bersalah pulak tu bila ayat translate tu tunggang langgang. Pulak tu takdak bagi link untuk artikel yang asli, tah apa depa nak sorok pun aku tak faham.

Apa tak bangangnya bila depa guna google translate untuk translate artikel MalaysianInsider yang dalam bahasa Inggeris kemudian gunakan hasil terjemahan tunggang-langgang tu depa kata PAS dah sesat pasai TG Hj Hadi sokong konsep pluraliti.
Yang lebih lawaknya depa bold ayat macam kat bawah ni konon sebagai bukti kata TG Hj Hadi dah tak boleh pakai.
PAS katanya menyokong idea pluralisme dalam masyarakat dan keperluan untuk menjaga semua kaum yang menggunakan prinsip-prinsip Islam sebagai garis panduan utama.
Yang aku mshkilnya, kat mana salahnya kalau TG HJ Hadi kata macam tu pun. Kalau depa betul-betul faham maksud ayat tu depa sepatutnya buat macam kat bawah ni.
PAS katanya menyokong idea pluralisme dalam masyarakat dan keperluan untuk menjaga semua kaum yang menggunakan prinsip-prinsip Islam sebagai garis panduan utama.
Kalau baca keseluruhan artikel tu pun, aku tak nampak kat mana salahnya artikel tu. kecuali la kalau BANGANG sangat artikel tu pun tak boleh nak faham.

Lain la kalau TG Hadi Haji kata sokong pluralisma tu dengan maksud setuju dengan semua agama, iktiraf semua agama sama.

TG Hj Hadi dan juga Dr. Mujahid cuma iktiraf kepelbagaian bangsa dan agama yang ujud di Malaysia ni. Dan yang lebih penting lagi macamana pendekatan PAS untuk bersama dalam masyarakat yang plural dari segi bangsa dan agama yang ada sekarang ni menggunakan prinsip-prinsip Islam sebagai garis panduan utama

Tapi nak buat macamana, memang tu pun tujuan puak-puak penchachai tu berblog, nak kelirukan masyarakat.

Aku malas nak basuh lebih-lebih, hangpa baca sendiri la artikel asal MalaysianInsider yang bertajuk 'PAS embraces pluralism, says Hadi' tu. Mana boleh setakat baca tajuk, kena baca artikel tu baru boleh nak faham apa yang nak artikel tu sampaikan.

Untuk yang nak baca google translate tapi malas nak buat sendiri, aku dah tolong buat, boleh kat link ni.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...