Kelantan akan bina lebuhraya tanpa tol? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Februari 13, 2012

Kelantan akan bina lebuhraya tanpa tol?

Malaysiakini melaporkan:
Kerajaan negeri Kelantan akan meneruskan projek pembinaan lebuhraya Kota Bharu - Kuala Krai yang diluluskan oleh kerajaan pusat di bawah Rancangan Malaysia ke-5 (1986-1990) tetapi belum dimulakan sehingga ke hari ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Negeri Kelantan Datuk Husam Musa berkata tender untuk projek berkenaan dibuka pada 2 Januari lalu dan ditutup pada 9 Februari. Hasilnya, pihak kerajaan negeri telah menerima tawaran dan kertas cadangan dari limayarikat.

“Pembinaan lebuhraya sepanjang 73 kilometer yang bertaraf R5 dengansembilan persimpangan bertingkat serta dua buah kawasan Rehat dan Rawat (R&R) dengan tawaran kos sebanyak RM1.5 bilion hingga RM1.8 bilion.

“Pemilihan syarikat yang berjaya akan diputuskan oleh majlis mesyuarat kerajaan negeri Kelantan selepas jawatankuasa teknikal dan kewangan menilai cadangan-cadangan tersebut dalam masa terdekat,” katanya. - Mkini.    
Juga dilaporkan:
Menurut Husam, projek yang dicadangkan oleh kerajaan persekutuan tetapi tidak dilaksanakan itu, sekali lagi diluluskan pada Rancangan Malaysia Kesembilan (2006 -2010).

Walaupun, kerajaan BN telah melantik pemaju bagi menguruskan projek berkenaan namun sehingga kini tiada kerja-kerja yang dilakukan.

“Memandangkan laluan ini adalah sangat penting bagi kemajuan negeri Kelantan serta kemudahan untuk pengguna terutama sekali pada musim perayaan, kerajaan negeri memutuskan untuk mengambil langkah untuk melaksanakan pembinaan lebuh raya ini melalui inisiatif kerajaan negeri, kata Husam. - Ibid.
Memang elok sangat kerajaan PAS Kelantan laksanakan sendiri projek lebuhraya tu. Pasainya kalau nak tunggu Kerajaan Pusat buat, jangan harap la, kecuali kalau rakyat Kelantan Sanggup jatuhkan pimpinan TG Nik Aziz di Kelantan.

Selagi Kelantan tak dapat kat depa, selagi itulah lebuhraya tu takkan dibuat. Terengganu jadi contoh yang sangat jelas. Masa PAS Peritah sepenggal di Terengganu dulu pun macam tu, pembinaan lebuhraya pantai timur tu ditangguhkan sekejap. Bila depa dapat rampas balik baru depa sambung semula pembinaan lebuhraya tu tapi cuma di Terengganu, sambungannya di Kelantan tak disambungkan juga.

Memang elok sangat cadangan nak buat sendiri tu, cumanya nanti akan ada suara-suara sumbang yang akan spin projek ni. Tentu punya akan perlekeh Kelantan kalau buat lebuhraya ni pasainya aku yakin lebuhraya ni akan dikenakan tol jugak sedangkan Pakatan Rakyat dalam menifesto kata nak hapuskan tol.

Nak buat macamana, kerajaan Kelantan bukan kaya macam Selangor atau Pulau Pinang. Kalau nak buat lebuhraya tanpa tol memang kerajaan Kelantan tak mampu. Tapi kalau kerajaan pusat bagi royalti minyak yang disekat tu aku yakin Kerajaan Kelantan mampu buat lebuhraya tu tanpa tol.

Ada berani Kerajaan Umno BN di pusat bagi balik royalti minyak Kelantan sekali dengan semua tunggakan?


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...