Mazidul melaporkan dalam blog dia:
"Mangsa tercedera bukan kerana dipukul oleh polis tetapi sebab dia terlanggar cermin klinik sewaktu cuba melarikan diri," ujar sumber pada jam 12 tengah hari tadi. - Mazidul.Harakahdaily pulak melaporkan:
TANJUNG MALIM, 1 Jan: Himpunan mahasiswa protes Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) malam tadi dicemari insiden keganasan pihak polis yang bertindak memukul mahasiswa ketika cuba meleraikan mereka.Mangsa mana yang cedera pasai terlanggar cermin klinik tu? Takkan terlanggar cermin sampai patah tulang rusuk dan patah gigi graham kut? Nak spin cerita pun agak-agak la...
Dalam insiden awal pagi tadi, dua mahasiswa termasuk Timbalan Presiden GAMIS merangkap Pengerusi BEBAS, Safwan Anang Talib dilaporkan cedera parah dibelasah anggota FRU.
Beliau dilapor patah tulang rusuk, patah gigi geraham akibat dipijak anggota polis dan kini didakwa sedang mendapat rawatan di wad kecemasan di Hospital Slim River.
Seorang lagi mahasiswa yang cedera parah, Amar Rasyidi dari Universiti Malaysa (UM) dilaporkan menerima beberapa jahitan di hidungnya yang koyak akibat dipukul. - Hrkh.
Mazidul turut melaporkan:
Kumpulan berseragam di atas adalah anggota Light Strike Force, LSF, dari Ibu Pejabat Polis Daerah, IPD Tanjung Malim.Nampak gayanya pihak polis memang dah cukup bersedia untuk hadapi kebangkitan rakyat. Selama ni yang kita tau yang sanggup bertindak ganas macam binatang ni cuma FRU tapi sekarang ni rupa-rupanya ibu pejabat polis daerah pun dah ada team ala FRU sendiri.
Mereka telah menjalani latihan LSF, ditugaskan untuk mengawal demonstrasi membabitkan kira-kira 50 individu bermula lebih kurang jam 1 pagi tadi.
Saya difahamkan, jika peserta demonstrasi lebih ramai dan sukar dikawal, IPD Slim River akan mendapatkan bantuan FRU dari Sungai Senyum, Ipoh, Perak atau dari Pulau Pinang.
"Dia orang hanya ada 7 orang, naik satu Land Rover, kalau FRU satu troop membabitkan pegawai dan anggota seramai 30 orang," ujar sumber.
"Nampak seperti lebih kurang sama macam FRU?," soal saya.
"Memang, tetapi mereka dari LSF, topi dan pungkis sama tetapi seragam mereka berbeza berbanding seragam FRU," jelasnya. - Ibid.
Dan nampaknya team ni pun tak kurang depa punya sifat binatang jugak, sanggup belasah anak bangsa sendiri yang tak bersenjata yang cuma nak berhimpun secara aman.
Apakah episod berdarah ni akan menyebabkan mahasiswa bangkit secara besar-besaran? Aku tak berapa nak yakin, mungkin para mahasiswa tunggu ada yang 'syahid' kut baru depa nak bangkit?
Kredit gambar: Harakahdaily
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis