Malaysiakini melaporkan:
NGO bagi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil mungkin sekali lagi akan turun ke jalanan bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil di negara ini jika cadangan mereka mengenai reformasi pilihan raya gagal dilaksanakan oleh pihak berkuasa.Inilah berita baik setakat ni, cumanya lebih bergantung kepada tindakan Najib Rosmah selepas ni.
Bercakap kepada media selepas melancarkan kempen pendidikan kepada pengundi di Kuala Lumpur hari ini, pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan berkata beliau khuatir kerajaan tidak akan mempertimbangkan syor dan cadangan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bagi pembaharuan pilihan raya di negara ini.
"PSC boleh tampil dengan syor dan cadangan mereka, tetapi kerajaan tidak akan melaksanakannya.
"Jika mereka tidak penuhi syarat dan cadangan yang dikemukakan, saya tidak tolak kemungkinan kita anjurkan satu lagi perhimpunan BERSIH sebelum pilihan raya," katanya. - Mkini.
Harap-harapnya Najib Rosmah tak tiba-tiba jadi baik, terima semua cadangan PSC. Aku sangat-sangat yakin, tak mungkin Najib Rosmah sanggup jadi baik dan sanggup terima semua cadangan PSC yang nampaknya setakat ni tak nampak langsung akan menguntungkan United Malay National Organisation dan BN.
Lebih dari tu, aku harap sangat parlimen dibubar dalam bulan Mac macam yang ramai ramalkan.
Sebelum ni Harakahdaily ada melaporkan:
Menurut salah seorang anggota PSC (Parliament Select Comittee - Jawatankuasa Terpilih Parlimen), Dr Mohd Hatta Ramli (gambar atas) , jawatankuasanya hanya selesai membuat cadangan pada 3 April 2012 ini.Jadinya kalau bubar bulan Mac memang kompom himpunan BERSIH 3.0 akan dibuat.
"Selepas cadangan dibuat, kerajaan dan SPR perlu memprosesnya sebelum ianya dijadikan peraturan.
"Ini bermakna, masa paling sesuai untuk adakan pilihan raya dengan persediaan semua pihak terbabit adalah Jun atau Julai ini," kata Dr Hatta kepada Harakahdaily. - Hrkh.
Masa yang paling sesuai untuk adakan himpunan BERSIH 3.0 adalah beberapa hari selepas parlimen dibubarkan tapi mesti sebelum hari penamaan calon. Aku yakin himpunan BERSIH 3.0 tu akan jadi sejarah teragung kuasa rakyat Malaysia.
Aku harap sangat BERSIH 3.0 diadakan jugak sebelum PRU13.
Bukan apa, kalau Pakatan Rakyat dapat tawan Putrajaya PRU13 nanti, maknanya takdak dah la himpunan macam BERSIH 2.0 dulu, maknanya payah dah la nak rasa sekali lagi gas
lagi satu berita yang tak kurang baiknya bila sebelum ni Selangorkini melaporkan:
ALOR SETAR, 14 JANUARI : Mursidul AM PAS, Tuan Guru Datok Nik Aziz Nik Mat menyeru supaya BERSIH 3.0 di gerakkan bagi memastikan Pilihanraya Umum ke-13 akan datang dilaksanakan dengan adil, telus dan bersih.Lagi satu berita baik bila Harakahdaily melaporkan:
Dalam perutusan yang di edarkan hari ini, beliau berkata tindakan Kerajaan Umno/BN yang di terajui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menggunakankan taktik melengah-lengahkan lapan tuntutan BERSIH 2.0 menerusi Pengistiharan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC).
“Ia satu usaha yang dipertikaikan keikhlasannya.Ini tidak lebih dari usaha pengalih perhatian umum dari menyerang SPR. Ia satu taktik supaya rakyat lupa lapan tuntutan BERSIH 2.0.” - Selangorkini.
KUALA LUMPUR, 17 Jan: Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2) secara rasmi hari ini mengumumkan Sasterawan Negara Datuk A Samad Said dilantik Pengerusi Bersama gabungan itu.
Pengumuman itu dibuat Pengerusinya, Datuk Ambiga Sreenevasan pada satu sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor di sini hari ini.
A.Samad Said atau Pak Samad ketika diminta mengulas perlantikan itu berkata, beliau menerimanya dengan kewajipan yang sangat besar untuk memastikan pilihan raya berjalan atas landasan demokrasi sebenar. - Hrkh.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis