JOHOR BARU: Kira-kira 500 orang Asli Seletar menghantar memorandum kepada Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman membantah pemberimilikan tanah dan kawasan mereka kepada pihak lain.Syabas orang asli pasai semakin berani menyuarakan hak sendiri. Rais Yatim tentu panas hati kalau baca berita ni.
Mereka juga membantah rancangan pembangunan besar-besaran di bawah Iskandar Malaysia yang menindas hak dan kepentingan Orang Asli.
Memorandum itu telah diberikan oleh wakil masyarakat Temuan, Eddy Salim kepada Exco kerajaan negeri Datuk Ahmad Zahrri Jamil.
Mereka berarak Bangunan Sultan Ismail di sini yang turut menempatkan Dewan Undangan Negeri. - FMT
Sebelum ni ada dilaporkan Rais Yatim nak orang melayu jadi macam orang asli yang setia dengan BN. Tanpa banyak karenah setuju dengan semua keputusan BN.
Nampak gayanya, orang asli dah tak macam yang Rais Yatim bayangkan. Malah kalau dikira dari jumlah populasi, lebih ramai orang asli yang berani turun berdemonstrasi berbanding orang melayu.
Kalau kena gayanya, tak mustahil Orang Asli pun akan turut sama turun masa Himpunan BERSIH 3.0 selepas parlimen dibubarkan, sebelum hari mengundi PRU13 nanti.
Kalau tengok ke gambar tu, dah ada beberapa orang dalam gambar tu yang pakai baju warna kuning... Hahaha...
Kredit: FMT |
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis