Dr. Hasan dan Ust Nasharuddin saja masuk perangkap Umno? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Disember 15, 2011

Dr. Hasan dan Ust Nasharuddin saja masuk perangkap Umno?


Harakahdaily melaporkan:
KUALA LUMPUR, 15 Dis: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menganggap dua pimpinan parti itu iaitu Datuk Hasan Ali dan Nasharudin Mat Isa sudah terperangkap dalam agenda Umno untuk melemahkan PAS.

Kenyataan Mustafa dipercayai mengulas kenyataan kedua-dua pemimpin PAS itu sebagaimana yang disiarkan akhbar Umno, Utusan Malaysia dan Berita Harian sehari dua ini.

Kedua-duanya seolah-olah menyerang PAS dan menjadi alat kepada media Umno itu untuk melemahkan PAS dari dalam.

Mustafa berkata, Hasan yang merupakan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor dan Nasaharudin yang pernah memegang jawatan Timbalan Presiden bertindak tidak wajar sebagai pimpinan parti.

"Saya buat kesimpulan, mereka berdua terheret dengan agenda (Umno) yang boleh menjejaskan parti. Sama ada mereka sedar atau tidak sedar, mereka sebenarnya terperangkap dalam agenda musuh politik PAS

"Ini sangat tidak wajar dan tidak baik bagi PAS walaupun tidak memberikan kesan besar bagi parti," kata beliau dalam temu bual bersama Harakah dan Harakahdaily hari ini.

Mustafa mengulas kenyataan terkini kedua-dua pemimpin itu mengenai kedudukan mereka dalam parti. - Hrkh
Aku sebenarnya kesian kepada 2 orang bekas pemimpin Utama PAS ni. Pemimpin yang satu ketiga dulu cukup gah dan menaikkan nama PAS dan mempertingkatkan PAS, sekarang ni nampak macam dah jadi kupang tembaga.

Sekurang-kurangnya 2 tokoh ni sebelum ni berjaya meningkatkan kepercayaan kepada PAS. Ust Nasharuddin dengan penampilan Ulama' profesional satu ketika dulu berjaya meningkatkan kepercayaan dalaman ahli parti kepada keupayaan PAS manakala Dr. Hasan sebagai pakar motivasi selebrity TV pulak meningkatkan kepercayaan orang luar kepada keupayaan PAS.

Malangnya dengan beberapa kelemahan peribadi, dua tokoh ni jadi sasaran, jugak dari dalam dan dari luar. Ada pelobi kuasa dalaman yang gunakan dua tokoh ni sebagai 'peluru' untuk jayakan agenda mereka. Dan tentunya musuh luaran pun nampak peluang yang ujud dan gunakan 2 tokoh ni sebagai peluru depa jugak.

Malangnya tindak tanduk 2 tokoh ni semacam terus membenarkan diri depa dipergunakan sebagai peluru. Aku tak nampak ada usaha bersungguh-sungguh dari yang empunya diri untuk mengelakkan diri depa dari terus dipergunakan.

Perkembangan terkini nampaknya keadaan dah jadi semakin parah. Apa pun tindakan selepas ni tentunya akan bagi kesan yang bukan kecil sebenarnya kepada PAS. Paling kurang pun, tahap kepercayaan kepada PAS tetap terjejas.

Aku yakin, akan ada undi yang sebelum ni memihak kepada PAS akan terlepas kepada musuh akibat episod malang ni. Yang boleh PAS buat sekarang ni, cuma mengurangkan political damage dan mengurangkan seminima mungkin undi yang akan terlepas pada PRU13 nanti.

Apa pun, sebagai parti politik, PAS memang sentiasa terpaksa berdepan dengan cabaran samada cabaran dalaman maupun luaran.

Ramai kawan-kawan yang bagi komen sepatutnya Dr. Hasan macam ni macam ni... sepatutnya Ust Nasharuddin macam tu macam tu... sepatutnya PAS kena macam ni macam ni... sepatutnya pimpinan kena buat macam tu macam tu..

Kalau nak ikut sepatutnya, dah lama dah PAS berjaya menumbangkan Umno. Pasai ujud yang perkara yang tak sepatutnyalah yang sampai hari ni PAS belum berjaya menumbangkan Umno.

Umno berjaya ditumbangkan ataupun tak sebenarnya tak berapa nak penting tapi yang lebih penting apa tindakan kita untuk menumbangkan Umno...

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...