Kalau tengok tulisan dan komen orang politik, nampaknya di pihak Pakatan Rakysat macam senada. Hampir semua orang macam nak sangat Ust Nasha dan dr. Hasan Ali masuk Umno. Macam dah jadi satu ratib baru mendoakan supaya Ust Nasha dan Dr. Hasan Ali berambus dari PAS.
Tapi aku tak rasa depa akan keluar dari PAS dan masuk United Malayan Nasional Organisation dan BN. Kalau depa ambil keputusan keluar dari PAS depa tak tentu lagi untung atau tak, tapi berbeza kalau dipecat, depa akan ada hujjah yang lebih kuat untuk memburukkan PAS dan dalam masa yang sama boleh tarik simpati.
Di sisi lain pulak, Umnno pun sebenarnya tentu lebih suka Ust Nasha dan Dr. Hasan Ali kekal dalam PAS pasai depa ni akan lebih menyusahkan PAS dan tentunya menguntungkan Umno kalau depa kekal dalam PAS berbanding bila depa keluar dari PAS.
Memang selama ni pun, keberadaan depa dalam PAS saja pun memang menyusahkan PAS. Macamana pimpinan lain nak bersama dengan depa ni pun aku rasa dah jadi masalah. Nak sembang lebih-lebih pun tentu tak berani takut nanti tersalah cakap, tercakap benda yang tak sepatutnya tercakap. Kerja buat depa, ataupun mungkin lebih tepat 'tak kerja tak buat' depa selama ni pun memang banyak menyusahkan PAS.
Di pihak Umno pulak semacam ada satu 'suis' mudah, cuma perlu petik saja, dan PAS terpaksa mempertahankan diri. Kalau setakat nak alih isu untuk sehari dua memang boleh sangat. PAS terpaksa menghabiskan tenaga dan masa untuk menjawab. Nak jawab pun bukan boleh main belasah, kalau silap jawab akan jadi lebih memudharatkan.
Yang menariknya dalam isu ni pemimpin Umno sendiri pun macam bagi isyarat yang Ust Nasha khususnya takkan lompat masuk Umno, sekurang-kurangnya sampai sebelum PRU13.
Pagi tadi, keluar cerita pasai 120 orang ahli PAS Bachok masuk Umno. Betul atau tak angka 120 tu cerita lain tapi dari cerita tu nampak jelas menggambarkan yang Ust Nasha takkan melomat masuk Umno. Kalau ada 'skrip' untuk tarik Ust Nasha masuk Umno dalam masa terdekat ni atau sebelum PRU13 lebih cantik 120 orang tui akan digunakan untuk bagi lagi 'gah' episod tu. Pasainya Ust Nasha adalah Ahli Parlimen Bachok.
Jadinya, kot mana pun, pimpinan PAS memang terpaksa terus berdepan dengan kontroversi 2 bekas pimpinan hebat PAS ni mungkin sampai ke PRU13 nanti, kecuali la kalau PAS sanggup ambil risiko pecat depa berdua dengan perancangan serapi mungkin untuk mengurangkan damage ke tahap seminima mungkin.
[Sumber imej:Mkini]
Cenangau Daunkari
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis