Detik berakhirnya karier politik depa dalam PAS? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Disember 16, 2011

Detik berakhirnya karier politik depa dalam PAS?


Harakahdaily melaporkan:
KUALA LUMPUR, 16 Sept: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (gambar) berkata, Ustaz Nasharudin Mat Isa tidak pernah datang ke mesyuarat PAS sejak muktamar yang lalu walaupun dilantik sebagai AJK PAS Pusat dan Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS.

Datuk Dr Hassan Ali pula hanya sesekali sahaja datang ke mesyuarat PAS Pusat tetapi tidak pernah datang ke mesyuarat PAS negeri selepas dilantik semula sebagai ahli perhubungan.

Mustafa berkata demikian dalam wawancara khas dengan wartawan Harakah dan Harakahdaily semalam.

Ekoran laporan mengenainya oleh Harakahdaily semalam, pelbagai pihak menghubungi Harakahdaily dan Mustafa untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku.

Dalam wawancara itu, Mustafa melahirkan rasa kesal dengan kedua-dua pemimpin itu dan menyifatkan mereka sejak akhir-akhirnya terperangkap dalam agenda Umno.

"Ingin saya dedahkan, dalam rekod di Pejabat Agung PAS Pusat dan Pejabat Perhubungan PAS Selangor, Nasharudin setelah tidak terpilih sebagai Timbalan Presiden PAS, beliau telah dilantik sebagai AJK PAS Pusat yang dilantik, tetapi sepanjang masa selepas dilantik hingga kini, tidak ada sekalipun beliau menghadiri mesyuarat PAS Pusat.

"Sementara Hassan Ali dari sudut di pusat kadang-kadang hadir kadang-kadang tidak, tetapi di peringkat Selangor, sekalipun beliau tidak hadir (mesyuarat). - Hrkh.
Sebagai orang politik Ust Nasha dan Dr. Hasan Ali aku rasa faham dengan signal 'muktamat' dari Setiausaha Agung PAS ni. Aku tak rasa Ust Nasha dan Dr. Hasan dapat perbaiki kerosakan hasil peluru yang sedahsyat ni.

Seingat aku, tak pernah lagi peluru macam ni keluar dari mulut Setiausaha Agung PAS yang biasanya membawa suara Presiden. Aku yakin tentu ada perkembangan terbaru yang dalam pengetahuan PAS Pusat yang mewajarkan tindakan sampai tahap macam tu.

Sebelum ni Malaysiakini ada melaporkan:
PAS tidak pernah menghalang mana-mana pemimpinnya daripada meninggalkan parti dan menyertai Umno, termasuklah exco kerajaan Selangor Datuk Dr Hasan Ali.

"Terpulangkan kepada dia," kata Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar (kanan) ketika diminta mengulas desas desus bahawa Dr Hasan akan keluar parti. - Mkini.
MalaysianInsider pula ada melaporkan:
“Saya berkeyakinan beliau (Hasan) tidak akan keluar,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri kerusi Meru ini kepada The Malaysian Insider tengah hari ini.

“Apa yang kita nampak ialah ada usaha Umno untuk memerangkap, kita tengok laporan mereka di akhbar dan TV3. Tetapi saya yakin beliau tidak akan terperangkap dengan taktik kotor yang cuma dibawa oleh Umno,” kata beliau.

Dr Rani dilantik menggantikan Hasan (gambar) sebagai pesuruhjaya PAS Selangor selepas muktamar tahunan dan pemilihan pusat Jun lalu.

Bagaimanapun Dr Rani menjelaskan, sekiranya Hasan masih memutuskan untuk keluar PAS kelak, ia pasti akan merugikan pemimpin tersebut.

“Secara peribadi, saya rasa beliau tidak akan keluar. Tetapi jika, jika beliau keluar, katakan beliau keluar, (kalau nak keluar) itu hak beliau... perlembagaan tidak menghalang sesiapa dan jika beliau keluar, ia akan merugikan beliau. - TMI.
Ust Tuan Ibrahim pulak dalam tulisan terbaru dia bertajuk 'Kepada siapa hala muncung senjatamu', walaupun tak sebut nama tapi cukup 'makan dalam'.

Dari laporan-laporan kat atas ni, kita boleh agak setara mana hebatnya situasi terkini. Terpulang kepada Dr. Hasan Ali dan Ust Nasha apa tindakan depa seterusnya. Macam orang main bola, bola dah dihantar ke kaki, ikut suka nak menggelecek atau nak sepak ke mana.

Di pihak PAS pulak, aku rasa PAS takkan ambil tindakan untuk pecat 2 pemimpin ni, kecuali la kalau ada tindakan depa lepas ni yang lebih extrim, mungkin PAS terpaksa ambil tindakan extrim jugak.

Apa pun, sebagai aktivis yang pernah bekerja memenangkan Dr. Hasan Ali yang jadi calon PAS di kerusi parlimen Parit Buntar masa PRU1999 dulu, aku rasa sedikit terkilan. Tak terkejut cuma sedikit terkilan. Harap-harap insiden ni tak bagi kesan kepada undi PAS di Parit Buntar pada PRU13 nanti.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...