Identiti Datuk yang ditahan isu NFC terbongkar? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, Disember 24, 2011

Identiti Datuk yang ditahan isu NFC terbongkar?


Malaysiakini melaporkan:
Pihak polis telah menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini ahli perniagaan bergelar 'Datuk' berumur 45 tahun, yang ditahan reman, berikutan tawaran rasuah yang dipercayai ada kaitan dengan siasatan kes National Feedlot Corporation (NFC).

Mengesahkan perkara itu, Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata permohonan reman itu dibuat oleh pihak polis di mahkamah sehingga esok.

Menurut satu kenyataan lewat petang ini, beliau berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan oleh SPRM.

Kenyataan itu dikeluarkan berhubung kenyataan Timbalan Pengarah, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Penolong Kanan Pesuruhjaya, Datuk Tajudin Md Isa, berhubung penahanan ahli perniagaan bergelar 'Datuk' berikutan tawaran rasuah yang dipercayai ada kaitan dengan siasatan kes NFC. - Mkini.
Disebabkan mamat yang ditahan tu tak didedahkan saipa dan gambar dia pulak dikaburkan, ramai yang berminat nak tau siapa sebenarnya mamat tu.
 
Hasil sedikit maklumat yang Malaysiakini bagi tu, Anak Sungai Derhaka nampak macam berjaya membongkar sapa sebenarnya mamat tu.

Dia pun tak kata mamat yang dia dakwa tu memang soheh mamat yang ditahan tu tapi bukti yang dilampirkan agak meyakinkan.

Bukti-bukti tu bawa kepada pendedahan gambar bawah ni. Kalau dibandingkan dengan gambar disebelah nu memang nampak macam orang yang sama. Betul atau tak, kita nantikan perkembangan selanjutnya kes ni.


Sumber:
   Cenangau Daunkari
Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...