Khairy dah letih menBANGANGkan diri sendiri? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, November 13, 2011

Khairy dah letih menBANGANGkan diri sendiri?


Malaysiakini melaporkan:
Mahasiswa yang diberi kebebasan untuk menceburi bidang politik diyakini tidak akan mengabaikan pengajian mereka, kata Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata ini kerana mahasiswa yang berpolitik mempunyai pandangan yang luas dan terbuka serta mempunyai sikap yang sihat.

"Saya aktif dalam bidang di luar akademik ketika di universiti tetapi saya juga beri tumpuan pada akademik malah ia bantu saya untuk berfikiran lebih kreatif dan kritis.

"Kalau beri kebebasan pun majoriti pelajar universiti tidak minat politik, ia sebahagian kecil sahaja. Kita boleh beri nasihat supaya kalau mereka nak terlibat dalam politik keutamaan adalah pengajian mereka," katanya selepas merasmikan saringan zon tengah pertandingan pidato politik Piala Perdana Menteri di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam, hari ini. - Mkini.
Mungkin Khairy dah tak tahan kena belash pasai isu lembu Shahrizat kut, hari ni dia cuba keluar dari kepompong tu 'BANGANG' dengan buat kenyataan yang berani lagi bijak.
   
Elok la jugak Khairy alihkan isu dari sibuk bela Shahrizat pasai isu lembu yang nampak gayanya langsung tak membantu Shahrizat malah dia pulak sama terpalit 'taik' lembu Shahrizat tu.
   
Tindakan Khairy ni aku nampak sebagai serampang dua mata, selain dari cuba nak alih isu, dia juga cuba nak ambil hati anak-anak muda yang cukup ramai di menara gading yang berpotensi untuk jadi jentera dia yang boleh diharap.

Kalau dia nak harap setakat Pemuda Umno yang dok ada sekarang ni, silap-silap dia boleh kalah kalau Mukhriz lawan dia masa pemilihan yang akan datang.

Macam tu jugak dia tak boleh harap sokongan Putera Umno di bawah Azeez 'ee' yang nampak macam mudah sangat ditarik hidung selain langsung takdak standard kecuali untuk berseronok dan jadi penchachai kepada melayu jadian Penang.
 
Khairy jugak tercabar dengan sokongan ramai orang muda dalam Umno kepada Perkasa lebih dari sokongan kepada Pemuda Umno.

Jadinya, Khairy memang perlu cari sokongan baru dan mahasiswa tentunya jadi pilihan utama dia untuk jadi penyokong dan jentera dia yang lebih berkesan dan boleh digantung harap.

Apa pun, kenyataan berani Khairy dalam isu AUKU ni memang patut disanjung. Bukan mudah untuk pemimpin Umno berani ambil pendekatan yang menentang arus parti macam tu.

Ataupun, mungkinkah Khairy dah betil-betul letih membangangkan diri dia dan kenyataan tu sebagai langkah awal untuk dia persiapkan diri dia untuk berhijrah. Dalam politik semuanya berkemungkinan...

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...