Roketkini melaporkan:
KUALA LUMPUR, 8 NOV – Jumlah pertambahn mendadak pengundi baru seramai 1.35 juta orang yang telah berdaftar sejak pilihan raya umum ke-12 menimbulkan tanda Tanya.Kita memang sepatutnya tak boleh nak merungut kalau betul pertambahan pengundi baru tu memang dari kalangan rakyat malaysia yang sah.
Naib Pengerusi DAP Tan Kok Wai berkata, sehingga 31 Ogos 2011, jumlah pengundi yang telah berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan layak untuk mengundi pada PRU13 adalah seramai 12.27 juta.
Peningkatan ini dilihat terlalu mendadak berbanding jumlah pengundi baru pada PRU11 dan PRU12 iaitu di antara 600,000 dan 700,000 sahaja, katanya.
Justeru itu, Tan yang juga Ahli Parlimen Cheras mengaitkan pertambahan ini dengan kes-kes pengundi hantu yang telah dibongkar oleh Pakatan Rakyat.
“Selain itu, pendatang tanpa izin yang diberikan status warganegara dan dilayakkan untuk mengundi juga banyak dibongkar,” katanya. – Roketkini
Masalahnya kita digemparkan dengan penemuan yang cukup-cukup mengejutkan yang sebelum ni dibentangkan oleh Suhaizan Kayat dari DPP. Penemuan yang menunjukkan betapa Daftar Pemilih yang ada selama ni cukup korap penuh dengan nama-nama yang sememangnya tak layak ada dalam daftar pemilih.
Itu dalam keadaan Umno BN menang seumuran. Masalahnya sekarang ni keadaan Umno BN ibarat macam telur di hujung tanduk. Kedudukan Umno BN dalam keadaan yang paling tak menentu dan kemungkinan akan tumbang cukup besar.
Dalam keadaan umno BN yang menang seumuran pun Daftar Pemilih dah cukup teruk, tambah-tambah lagi la dalam keadaa sekarang ni. Aku yakin sangat-sangat dalam 12.27juta pengundi yang baru didaftarkan tu, gerenti punya banyak nama-nama yang tak sepatutnya masuk dalam daftar pemilih.
Tentu punya puak-puak 'si anjing Umno' yang ada di merata agensi kerajaan dah buat kerja untuk masukkan nama-nama yang boleh digunakan oleh pengundi hantu bukan saja untuk pastikan Umno BN akan kekal menguasai Putrajaya, malah merampas balik terutama sekali negeri Selangor yang selama ni tempat pemimpin Umno cari makan secara rasuah dan penyelewengan.
Masalahnya, apa kuasa dan upaya kita nak pastikan daftar pemilih tu bersih dan telus. Kalau ikut undang-undang dan peraturan memang sebenarnya tak banyak yang boleh kita buat. Tambah-tambah lagi puak-puak 'si anjing Umno' yang ada akan pastikan segala ruang yang boleh kita gunakan akan depa tutup.
Jadinya, pilihan yang ada hanyalah mengajak lebih ramai rakyat Malaysia berani menumbangkan Umno BN dalam PRU13 nanti.
Antara cara yang aku yakin akan berkesan adalah dengan cara turun ke jalan raya. Jadinya, aku harap sangat Najib Rosmah berani bubarkan parlimen sebelum PSC selesai dan macam yang dijanjikan aku yakin PROTES berjaya meracun fikiran lebih ramai rakyat untuk turun ke jalan raya.
Kalau PROTES berjaya buat himpunan lebih besar dari BERSIH 2.0 aku sangat-sangat yakin Umno BN akan tumbang samasa melalui PRU13 ataupun tak lama selepas tu...
Roketkini juga melaporkan:
Dalam pada itu Tan turut memberi contoh pertambahan pengundi baru di Selangor seramai 246,000 menjadikan jumlah pengundi sekarang seramai 1.8 juta.Cenangau Daunkari
“Peningkatan ini juga merupakan rekod baru bagi Selangor,” katanya merujuk jumlah pengundi pada PRU12 di negeri itu cuma 1.57 juta.
Beliau berharap Jawatankuasa Pemilih Parlimen (PSC) yang ditubuhkan untuk memulihkan sistem pilihan raya akan diberikan kuasa yang lebih mendalam dari Kementerian Dalam Negeri.
“Masalahnya, adakah pilihan raya akan diadakan sebelum PSC menyiapkan laporannya yang dijangka siap awal April depan?” katanya.
Jumlah Pertambahan Pengundi di Malaysia Tahun Jumlah keseluruhan pengundi Jumlah pengundi baru Peratus peningkatan 1999 9.564 juta 552,898 6.12% 2004 10.285 juta 725,200 7.53% 2008 10.922 juta 637,548 6.00% 2011 (sehingga 31 Ogos) 12.268 juta 1,345,861 12.32%- Ibid.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis