Walaupun hutang 421billion tapi sebenarnya masih rendah? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Oktober 17, 2011

Walaupun hutang 421billion tapi sebenarnya masih rendah?

Harakahdaily melaporkan:
KUALA LUMPUR, 17 Okt: Hutang Kerajaan Persekutuan sehingga 30 Jun 2011 berjumlah RM437.2 bilion atau 52.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK).
   
Daripada jumlah tersebut, sebahagian besar hutang Kerajaan Persekutuan merupakan hutang dalam negeri yang berjumlah RM421 bilion atau 96.3 peratus daripada keseluruhan hutang, manakala baki RM16.2 bilion atau 3.7 peratus merupakan hutang luar negara. - Hrkh.
KeadilanDaily pula melaporkan:
Kadar Hutang negara di bawah Pentadbiran Datuk Seri Najib Razak kini hampir melepasi had yang ditetapkan undang-undang, tegas Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Antara peruntukan tersebut, katanya adalah Akta 637 Akta Pinjaman Tempatan 1959 dan Akta 275 Akta Pelaburan Kerajaan 1983 yang menetapkan gabungan pinjaman tidak boleh melewati kadar 55 peratus dari Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Manakala Akta 403 Akta Pinjaman Luar Negeri 1963 pula menghadkan pinjaman luar negeri pada RM35 ribu juta pada sesuatu masa. - KD.
Kira ok la tu kut, walaupun hutang beratus billion tapi masih dalam jumlah yang dibenarkan. Walaupterus un sikit lagi nak capai siling tapi masih belum capai lagi. Mungkin tahun depan boleh capai siling kut kalau Umno BN masih berkuasa di Putrajaya. Satu pencapaian yang patut dibanggakan oleh penyokong Umno BN terutamanya blogger penchachai pandy kutty Umno BN.

Masalahnya rakyat Malaysia ikut bancian 2010 cuma ada 28.4 juta. Maknanya bila lahir saja dia dah diwariskan dengan hutang sebanyak lebih RM15ribu. Gila apa baru lahir ja dah kena dibebankan dengan hutang.

Tu pun puak-puak bangang tu dok bangga lagi dengan bajet 2010 yang defisit, defisit untuk 14 tahun berturut-turut pulak tu. Defisit pulak 4.7% tu pun dengan anggaran pertumbuhan ekonomi 5-6%. Dengan pertumbuhan perlahan ekonomi dunia sekarang ni dan jugak krisis ekonomi Amerika dan Eropah, kemungkinan besar pertumbuhan ekonomi akan jadi lebih rendah dari yang diramalkan tu. kalau jadi lagu tu, makin teruk la.

Tapi takpa, macam biasa, Malaysia sebenarnya lebih baik kalau nak dibandingkan dengan negara-negara lain. Tapi jangan la bandingkan dengan negara yang lebih baik, dengan negara-negara rantau asia tenggara pun tak elok untuk dibuat perbandingan.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...