Malaysiakini melaporkan:
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini memulakan siasatan terhadap pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari, dipercayai ekoran reaksinya terhadap titah diraja Sultan Selangor baru-baru ini.Nampaknya belum reda lagi Dr. Aziz Bari kena hentam. Kali ni SKMM pulak cuba nak tunjukkan taring dalam usaha nak membodek. Sapa yang SKMM nak bodek dan pasai apa depa perlu bodek, tu cerita lain.
"Seorang pegawai SKMM akan datang menemui saya di pejabat di Gombak jam 1030 ini.
"Mungkin kerana desakan (kolumnis) Awang Selamat dalam MM (Mingguan Malaysia) semalam," katanya kepada Malaysiakini pagi ini.
Awang dalam kolumnya di akhbar Umno itu semalam berkata, ada pihak yang sepatutnya diberi tanggungjawab tidak membuat kerja dengan cekap, tegas dan berkesan.
Mengambil kesempatan menempelak kenyataan Aziz, Awang berkata isu sebegini sudah banyak kali dibangkitkan dan orang ramai bosan menunggu penyelesaiannya.
"Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia seperti biasa akan ada alasannya," tulisnya lagi. - Mkini.
Apa pun, macam Dr. Aziz kata sebelum ni, depa tu semua menjalankan tugas. Depa jalankan tugas ikut prosedur atau persepsi itu isu lain. Yang jelasnya depa tu pihak yang berkuasa yang ada sempadan kuasa depa. Samaada depa bertindak ikut sempadan kuasa depa atau bertindak melampaui sempadan kuasa depa bergantung kepada sapa yang menilainya.
Kalau tanya aku, apa salahnya Dr. Aziz Bari bertindak kurang ajar pun pasainya bak kata Musa Hitam macam yang dipetik PakBakar dalam blog dia PenarikBeca, kalau dilihat dari aspek yang neutral, 'kurang ajar' itu merupakan satu konsep berani bertanya dan berani menyoal.
Dan memang sebenarnya pun, konsep kurang ajar tu cukup subjektif. Bagi sesetengah orang sesuatu tindakan tu biasa-biasa saja tapi mungkin bagi sesetengah orang tindakan yang sama dianggap sangat kurang ajar, terutama sekali bagi kaki bodek dan penjilat.
Apa pun, aku harap isu ni takdak kaitan dengan Mr. Bean yang blogger MB Warrior maksudkan.
Berkaitan
- Dr. Aziz Bari nak ajar anak kita tentang kurang ajar?
- Dr M: Kenyataan Prof Aziz ‘dari segi moral kurang ajar’
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis