Sultan Pahang nak imarahkan masjid? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, Oktober 22, 2011

Sultan Pahang nak imarahkan masjid?


mStar melaporkan:
PEKAN: Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah menitahkan setiap pegawai pentadbiran dan ahli jawatankuasa masjid menekankan beberapa aspek penting bagi tujuan mengimarahkan lagi rumah ibadat itu secara lebih bersistematik.

Titah baginda, masjid merupakan medan institusi keilmuan serta panduan untuk umat Islam mendapatkan ilmu.

Selain itu, masjid juga merupakan tempat untuk umat Islam mengeratkan lagi silaturahim tanpa mengira status seseorang mahupun fahaman parti politik.

"Bagi tujuan itu, pegawai dan ahli jawatankuasa perlu menyusun struktur kerja masjid untuk dijadikan sebagai sebuah pusat pentadbiran dan tanggungjawab ini terletak pada pegawai dan ahli jawatankuasa kerja masjid yang dinamik dan berkaliber," titah baginda pada majlis tahlil dan doa selamat serta perasmian Masjid Sultan Ahmad Shah Al-Haj bernilai RM14.4 juta di sini malam Khamis. - mStar.
Aku sangat-sangat sokong saranan sultan Pahang ni walaupun aku bukan 'kaki masjid' dan aku yakin semua orang Islam tak kira jahil tara mana pun akan sokong saranan tu.

Cumanya aku cukup prejudis dari segi perlaksanaannya. Berlawanan sungguh dengan saranan tu kalau tokoh-tokoh besar yang ada pengaruh dalam masyarakat dihalang untuk sampaikan ilmu dalam masjid. Bukan setakat tak bagi bagi kuliah atau ceramah, yang dah pernah ada tauliah pun ditarik balik.

Aku sangat-sangat yakin kalau orang macam Ust Tuan Ibrahim Tuan Man dibenarkan bagi kuliah di Masjid Sultan Ahmad Shah Al-Haj tentu penuh punya jemaah yang hadir, tambah-tambah lagi la kalau yang bagi kuliah TG Nik Aziz.

Aku sangat-sangat yakin kalau tokoh ilmuan macam tu diberi laluan untuk bagi kuliah, tentu punya depa tak sentuh isu politik kepartian dalam kuliah di masjid. Kalau tak percaya, cuba try test tengok sekali.

Kalau betul Sultan Pahang nak masjid diimarahkan, sultan pahang sendiri kena kerap imarahkan masjid. Kalau sultan turun tentu ramai yang akan turut serta. Cuba bayangkan para sultan di setiap negeri rajin turun berjamaah di masjid, tentu rakyat jelata pun akan ikut sama.

Tambah-tambah kalau sekali-sekala sultan sendiri jadi imam dan bagi tazkirah dah tentu punya penuh masjid tu dengan jamaah. Takkan sebagai ketua agama Islam tak boleh jadi imam dan bagi tazkirah kut?

Apa pun, walaupun ramai yang hadir tapi perhimpunan di Masjid UIAM semalampetang tadi tak boleh dikira sebagai mengimarahkan masjid kut.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...