Perlaksanaan Hudud di Kelantan sebenarnya boleh menguntungkan Umno | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Oktober 26, 2011

Perlaksanaan Hudud di Kelantan sebenarnya boleh menguntungkan Umno


Malaysiakini melaporkan:    
Exco hal ehwal agama Islam Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, PAS tidak perlu menang di peringkat parlimen untuk membolehkan parti itu melaksanakan hudud.

Sebaliknya, Umno hanya perlu memberi laluan untuk membolehkan undang-undang itu dilaksanakan, katanya dalam satu sidang media di Shah Alam hari ini.

"Sekarang ini kita tidak perlu menang di peringkat parlimen. Kalau Umno bagi laluan sekarang pun kita boleh pinda (akta yang menyekat pelaksanaan hudud). Tak ada masalah," katanya.

Pindaan berkenaan adalah ke atas Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah), 1998 yang sekadar memperuntukkan kuasa kepada mahkamah berkenaan untuk menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun, denda RM5,000 dan enam sebatan. - Mkini.
Pada aku, Najib dan Umno  tak sepatutnya halang Kelantan nak laksanakan undang-undang hudud. Samada Umno memang teringin nak laksanakan undang-undang hudud tapi takut parti komponen lain marah atau pun memang tak teringin nak laksanakan undang-undang hudud pasai rasa takdak keperluan, Umno BN patut benarkan Kelantan laksanakan Undang-undang hudud pasainya Umno BN sebenarnya berpeluang untuk dapat political mileage dan dalam masa yang sama bagi damage kepada PAS.

Kalau Umno BN memang teringin nak tengok undang-undang hudud berjalan tapi takut parti komponen lain marah, Umno BN patut biarkan Kelantan laksanakan dulu dan Umno BN boleh sokong secara rahsia untuk pastikan undang-undang tu berjalan lancar.

Kalau undang-undang hudud tu berjalan lancar dan orang bukan Islam nampak macam boleh terima, Umno boleh draf lain undang-undang hudud untuk di impliment pulak di peringkat pusat dan tentunya dengan berbagai penambahbaikan hasil 'makmal ujikaji' di Kelantan. Dah tentulah perlaksanaan di peringkat Pusat akan lebih berjaya.

Kalau undang-undang tu berjalan dengan tak lancar dan timbul macam-macam masalah pulak, Umno BN boleh senang-senang belasah PAS Kelantan atas kegagalan tu dan dengan senang-senang label undang-undang hudud yang dilaksanakan di Kelantan tu sebagai Hudud PAS dan tentu rakyat akan marah kepada PAS dan Umno BN akan terus kekal berkuasa.

Itu kalau bersetuju dan teringin, macam tu jugak kalau Umno BN sebenarnya memang tak teringin langsung dengan undang-undang hudud, pun Umno BN patut benarkan Kelantan laksanakan dan secara sulit Umno BN boleh mainkan peranan pastikan perlaksanaan undang-undang hudud tu gagal dan menimbulkan banyak masalah. Dan tentunya rakyat akan marah kepada PAS dan Umno BN yang untung.

Cumanya, mungkin Umno BN tak berani nak ambil risiko. Pasainya bukan semua Umno BN boleh kontrol. Tambah-tambah pulak benda-benda yang ada hubungkait dengan agama ni. Silap langkah sikit ja boleh makan diri.

Tambah-tambah pulak semenjak-dua menjak ni, macam-macam perkara yang tak disangka-sangka berlaku. Benda yang dirancang untukk keuntungan Umno BN pun jadi sebaliknya. Contohnya macam  Mat Sabu dengan isu Mat Indera. memang isu tu dimainkan dengan harapan untuk calarkan imej Timbalan Presiden PAS yang baru tu tapi kesudahannya nama Mat Sabu bukan jadi buruk tapi jadi lebih terkenal, Umno BN pulak yang terpaksa mempertahankan diri.

Harakahdaily pulak melaporkan:
SHAH ALAM, 25 Okt: Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah (gambar) berkata, Kerajaan Kelantan akan bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi membincangkan tentang perlaksanaan hukum hudud setelah segalanya selesai.

"Kita sebenarnya sudah mengutuskan surat kepada Perdana Menteri bagi menyatakan hasrat kerajaan negeri untuk bertemu beliau membincangkan tentang perlaksanaan hukum hudud di Kelantan.

"Tetapi sebelum kita bertemu dengan beliau, kita perlu dapatkan keputusan dari Jawatankuasa Teknikal Enakmen Jenayah Syariah 2 barulah perkara tersebut kita dapat bentangkan dengan lebih baik," jelasnya pada sidang media selepas program wacana di Kompleks Karangkraf di sini, petang ini.

Katanya, pertemuan rasmi dengan Najib belum ada lagi dan ia akan dilakukan apabila semuanya sudah sedia.

“Manakala untuk jawatankuasa teknikal kita tidak meletakkan tempoh masa kerana kita tahu dalam usaha untuk kita melaksanakan hukum hudud ini kita memerlukan tempoh masa bukannya dalam keadaan tekanan.

"Selesai semuanya kita akan bertemu dengan Perdana Menteri dan nyatakan hasrat kita, apa jua persoalan yang timbul kita akan jawab dengan sebaik mungkin, kalau boleh biarlah Kelantan ini melaksanakan hudud serta menjadi contoh kepada negeri-negeri lain," jelasnya.

Dalam keadaan berseloroh, beliau memberitahu jika terlalu susah untuk pemimpin di atas meluluskan perlaksanaan hudud, secara yang mudah ialah mengubah sahaja kerajaan yang ada sekarang pada pilihan raya yang akan datang.

Jawatankuasa Teknikal Enekmen Jenayah Syariah 2 telah ditubuhkan secara rasmi semalam yang dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob dan mempunyai 19 ahli jawatankuasa dari pelbagai latar belakang termasuk agensi penguatkuasa negara.

Antaranya Ketua Polis Kelantan, Datuk Jaluluddin Abd Rahman, Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan Abdullah Yakob, Peguam Hisham Fauzi, Ketua Hakim Syarie Datuk Daud, Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad, Pengarah Penjara Kelantan, Presiden Peguam Syarie Malaysia dan Senator Mumtaz Md Nawi. - Hrkh.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...