Memang patut pun SPR disaman!!! | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Oktober 31, 2011

Memang patut pun SPR disaman!!!


Malaysiakini melaporkan:  
Sekumpulan rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara telah memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi memaksa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mendaftarkan mereka sebagai pengundi.

Keenam-enam mereka yang bekerja di United Kingdom memohon untuk didaftarkan sebagai pengundi tidak hadir bagi membolehkan mereka mengundi pada pilihan raya ke-13 akan datang.

Sebaliknya, SPR hanya mendaftarkan mereka sebagai pengundi biasa yang mesti kembali ke negara untuk membuang undi secara fizikal.

Antara ‘litigant’ itu, Dr Teo Hoon Seong dalam dalam kenyataan medianya berkata hak untuk mengundi adalah asas bagi demokrasi.

“Menjadi tanggungjawab kerajaan bagi memastikan setiap warga negara diberi layanan adil mengikut undang-undang yang membenarkan mereka melaksanakan hak berkenaan,” katanya. - Mkini.   
Aku sebenarnya tak berapa setuju dengan undi pos ni. Bukan tak setuju dengan keperluan undi pos tapi tak berapa nak setuju bila memikirkan macamana musahnya Umno BN nak manipulasi undi POS, pasainya SPR sebenarnya tidak bebas kecuali bebas untuk menyusahkan pembangkang.

Pun begitu, kalau ikut hak sebagai warganegara, memang sepatutnya depa-depa yang berada diluar negara ni pun layak untuk mintak jadi pengundi pos. Sebagai warganegara depa pun ada hak jugak untuk tentukan siapa yang akan bentuk kerajaan. Apa masalahnya kalau depa dibagi status sebagai pengundi pos?

Jadinya aku sokong sangat kalau kerajaan arahkan SPR bagi hak depa-depa ni untuk jadi pengundi pos tapi dengan syarat SPR boleh ujudkan satu mekanisma yang betul-betul telus dalam menguruskan pengundian pos ni.

Apa pun, sebelum ni BERNAMA ada dilaporkan:
KUALA LUMPUR 16 Mac - Hanya warganegara Malaysia yang menjadi anggota Perkhidmatan Awam yang sedang berkhidmat dan pelajar yang menuntut sepenuh masa di luar negara serta pasangan masing-masing berhak mengundi pada pilihan raya sebagai pengundi tidak hadir, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, perkara itu termaktub dalam Perkara 119(1)(a) dan (b) Perlembagaan Persekutuan, Peraturan 20, (d) dan (e) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 dan Peraturan 3(1)(a) Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pengundian Pos) 2003 bahawa jika sudah mendaftar sebagai pemilih, mereka berhak mengundi mengikut kaedah pengundian sedia ada dan dibuat mengikut undang-undang yang ditetapkan.

"Kita beri hak kepada setiap warganegara dengan syarat berumur 21 tahun ke atas dan penduduk di kawasan pengundian, maknanya keperluan semangat dalam Perlembagaan memerlukan mereka menggunakan hak ini dalam negara untuk mengundi secara fizikal (hadir).

"Cuma kita beri pengecualian kepada pengundi tidak hadir yang ditafsir Perlembagaan iaitu mereka yang berada di luar negara bukan kerana atas kerelaan, sebaliknya terpaksa bekerja dan hanya berada di sana sementara waktu," katanya ketika menjawab soalan Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) mengenai hak mengundi warga Malaysia di luar negara.

Menjawab soalan tambahan M. Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat), Mohamed Nazri berkata, sekiranya hak mengundi diberikan kepada mereka yang sedang bercuti semasa hari mengundi, ia akan menimbulkan pelbagai masalah termasuk masalah logistik.

"Kalau rakyat Malaysia yang duduk di luar negara itu sayangkan Malaysia... baliklah. Mereka duduk di sana atas kerelaan hati, bukan kerana pekerjaan atau terpaksa belajar," kata Mohamed Nazri. - BERNAMA
Cuma yang aku mushkil sampai sekarang ni, pasai apa ramai pelajar yang diluar negara masih taktau yang depa sebenarnya berhak jadi pengundi pos. Hak depa tu sangat jelas dan terang.

Sumber: blog Aariffshah.com

Sumber:

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...