Ketua Umno Parit Buntar meninggal, PAS bersedih Umno gembira? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, Oktober 29, 2011

Ketua Umno Parit Buntar meninggal, PAS bersedih Umno gembira?


Utusan melaporkan:
PARIT BUNTAR 29 Okt. – Ketua UMNO Bahagian Parit Buntar, Datuk Abdul Raman Suliman, 62, meninggal dunia di Hospital Daerah Parit Buntar, di sini malam tadi.
 
Beliau yang menghidap sakit buah pinggang disahkan meninggal dunia pada 12.20 tengah malam, iaitu kira-kira sejam selepas terjatuh di rumahnya di Kampung Kedah di sini.
   
Pembantunya, Mohd Jamil Yahaya ketika ditemui hari ini, berkata, Allahyarham ditemui terbaring di dalam bilik air di rumahnya, oleh isteri Datin Saemah Hussein.

Kejadian berlaku sejurus selepas Abdul Raman yang juga bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, kembali daripada menghadiri mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Perak di Ipoh.

Mohd Jamil berkata, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kedah sebelum zohor hari ini.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan enam anak iaitu dua lelaki dan empat perempuan. - Utusan.  
Blog PASPB tulis:
PAS Kawasan Parit Buntar mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Dato' Abdul Raman bin Suliman Ketua UMNO Bahagian Parit Buntar yang meninggal dunia awal pagi ini. - PASPB.
Macam biasa bila ada orang politik meninggal akan ada pihak yang bersedih tapi tentu ada pulak pihak yang macam tumpang bersedih tapi dalam hati tersenyum lebar.

Bukan!!! Aku tak maksudkan PAS Parit Buntar. PAS Parit Buntar memang sesungguh-sungguhnya tumpang bersedih, pasai  PAS Parit Buntar lebih selesa kalau Raman Suliman panjang umur dan masih jadi Ketua Bahagian Umno masa PRU13 nanti.

Maksud aku puak yang 'dalam hati tersenyum lebar' dengan berita ni adalah dari dikalangan orang kuat Umno sendiri. Aku cukup yakin bilangan depa cukup ramai yang termasuk turut berkempen untuk kemenangan Dr. Mujahid sebagai Ahli Parlimen Parit Buntar dengan majoriti besar lebih 7ribu undi mengalahkan Rahman Suliman yang jadi calon BN masa PRU12 lepas.

Tambah-tambah lagi tersenyum lebar puak-puak yang teringin sangat pemimpin pujaan depa jadi calon PRU13 akan datang. Dengan keadaan calon belum diputuskan nampak gayanya peluang terbuka lebih luas lagi pasai dah takdak dah faktor 'pilihan Ketua Bahagian'. Yang tinggal cuma faktor 'pilihan Umno Pusat' dan faktor 'pilihan Umno Negeri.'

Apa pun, salam takziah untuk keluarga Allahyarham terutama sekali isteri muda dia Datin Chon.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...