Ibarat macam kucing parsi dengan kucing kurap | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Oktober 27, 2011

Ibarat macam kucing parsi dengan kucing kurap


Harakahdaily melaporkan:  
"ANTA dah makan," tegur Tok Guru kepada tatkala melihat kelibat penulis memasuki bilik jamuan. "Alhamdulillah, sudah Tok Guru," jawab penulis sambil mengangguk.

Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat terus membuka bekas polystyrene yang berada di hadapannya. Bekas tersebut diikat dengan getah plastik. Di dalamnya ada nasi putih, seketul ayam, sebungkus kuah gulai dan sebungkus cili.
 
Tiada makanan ala buffet. Tiada air sirap, tiada teh dihidangkan. Yang ada hanya air mineral dan nasi bungkus.

Itulah jamuan untuk VIP PAS selepas Menteri Besar Kelantan itu merasmikan Persidangan ICT PAS di Taman Melewar, 22 Oktober lepas. Tok Guru Nik Aziz menjamu selera di bilik khas bersama Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Dr Mohd Fadzli Hassan, Che Abdullah Nawi, Setiausaha Politik, Wan Nik Wan Yussof, Pengerusi Lujnah ICT PAS, Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin, Pengarah Urusetia Penerangan Kedah, Zulkifli Yahya dan Pensyarah Unisel, Profesor Dr Azmudden Ibrahim.

Tok Guru dan para VIP kelihatan berselera sekali menjamah hidangan. Mereka menjamu selera dan berbual dengan nada yang amat santai.

Begitu pun, akhlak Tok Guru tetap terpelihara. Beliau mencarik-carikan isi ayam sedikit demi sedikit, dengan tangan kirinya menahan tulang ayam. Selepas secubit ayam dijamah, beliau menuangkan kuah gulai sedikit-demi sedikit, untuk dimakan dengan nasi. Begitulah selang-seli hidangan dimakan hingga habis.

Berbeza dengan kita. Kalau kita yang makan, kita akan ambil seketul-seketul ayam dan koyakkan dengan gigi sahaja. Biasa kalau kuah gulai tu, kita akan tuang sampai banjir dalam pinggan.

Sambil-sambil mereka makan, penulis memerhatikan tingkah laku mereka. Para VIP PAS, khususnya Tok Guru, tidak pernah merungut, walaupun pada pengamatan penulis, nilai sebungkus nasi dan air untuk hidangan VIP, tidak sampai RM2.50. Itulah juga hidangan yang disajikan kepada seluruh peserta hidangan. Sama sekali tiada beza. - Hrkh.
Ada yang membandingkan hidangan untuk TG Nik Aziz ni dengan hidangan untuk Najib. Aku sangat tak setuju, nama boleh banding macam tu, Najib langsung tak layak nak dibandingkan dengan TG Nik Aziz, macam membandingkan antara kucing parsi dengan kucing kurap.

Terutamanya orang PAS, patutnya bandingkan hidangan untuk TG Nik Aziz tu dengan hidangan untuk pimpinan lain, bukannya bandingkan TG Nik Aziz dengan pemimpin Umno yang bergelumang dengan kekayaan hasil rasuah dan penyalahgunaan wang rakyat.

Aku cukup bebulu kalau tengok acara yang melibatkan makan-makan kalau pihak penganjur sediakan 'meja VIP'. VIP kepala bapak apanya, kadang-kadang nampak macam lebih dari Umno lagi depa punya 'kipas' pimpinan sampai ahli biasa nak bermesra dengan pimpinan pun tak boleh padahal tajuk program tu memang jelas sangat 'Majlis Ramah Mesra Bersama Pimpinan'.

Sepatutnya, apa yang orang ramai makan, yang tu jugak la dihidangkan kepada pemimpin. Tambah-tambah pulak kalau buat program tu guna duit yang dikutip dari poket ahli marhaen. Patutnya majlis dan program macam tu boleh mendekatkan antara ahli dengan pimpinan tapi sebaliknya mungkin jadi lebih menjauh pasai layanan 'tak sama taraf'.

Sumber gambar: Rizaltahir & Pemuda PdgTerap

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...