Hu Pang Chow nafi ugut PAS, DPP Kelantan pulak belasah.. | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Oktober 10, 2011

Hu Pang Chow nafi ugut PAS, DPP Kelantan pulak belasah..

Harakahdaily melaporkan:  
KUALA LUMPUR, 10 Okt: Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Hu Pang Chaw hari ini menafikan dengan sekeras-kerasnya berita yang menyatakan DHPP enggan menyokong PAS jika hudud dilaksanakan.
 
Beliau juga menafikan membuat ancaman untuk tinggalkan PAS sebagaimana yang disiarkan oleh akhbar Sinar Harian hari ini (gambar).

"Sebagai salah seorg pengasas kelab penyokong PAS yang kini menjadi DHPP, tidak ada sebab saya buat demikian.

"Ia umpama rumah yang dibina dengan duit, masa dan tenaga saya tiba-tiba dibakar oleh saya sendiri atas sebab bocor sikit di dapor," kata beliau kepada Harakahdaily.

Akhbar Sinar Harian hari ini menyiarkan di muka depannya laporan kononnya 20,000 ahli DHPP akan keluar meninggalkan PAS jika hudud dilaksanakan - Hrkh.
Ok la kalau betul semua tu hanya fitnah dan spin media semata-mata. Cumanya macam yang aku ada tulis sebelum ni. Aku sangat-sangat yakin ada ramai ahli DHPP yang sangat skeptikel dengan isu hudud ni. Dan macam yang aku tulis sebelum ni, aku sangat-sangat mengharapkan Dewan Ulama' ambil tindakan pro-aktif untuk berkawan rapat dengan DHPP ni.

Cumanya yang aku agak mushkil sikit bila Harakah daily dalam laporan yang sama juga melaporkan:
Sementara itu, berdasarkan laporan Sinar Harian itu, Dewan Pemuda PAS Kelantan meminta pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) itu agar membincangkan segala masalah dalaman parti melalui meja rundingan.

Ketuanya, Abdul Latif Abdul Rahman berkata, pihaknya berpendirian, sewajarnya Pang Chow yang menerajui DHPP lebih memahami dasar PAS berbanding dengan ahli-ahli biasa DHPP yang rata-ratanya tidak mempunyai sebarang masalah dengan hasrat ini.

Beliau juga mengingatkan Pang Chow untuk tidak mengambil kesempatan dari jawatan yang disandang untuk membuat kenyataan seolah-olah menggugut kerajaan negeri dan parti.

Bahkan beliau sepatutnya telah memahami dasar PAS sebelum menyertai DHPP yang wujud hanya 15 tahun selepas hudud diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan.

"Saya menggesa agar Pang Chow tidak lagi membuat kenyataan terbuka seperti ini, sebarang kemusykilan boleh diselesaikan melalui perbincangan tertutup," katanya dalam satu kenyataan hari ini. - Ibid.
Mushkil aku, takkan Ketua Pemuda Kelantan tak boleh hubungi terus Ketua DHPP untuk mintak penjelasan atau pun tanya apa cerita sebenarnya sebelum keluarkan kanyataan macam tu.

Apa perlu kenyataan tu dikeluarkan melalui media. Patutnya DPP Kelantan yang kena ambil saluran perbincangan melalui meja rundingan macam yang depa cadangkan tu.

Ataupun memang DPP saja pilih kaedah tu atas sebab-sebab dan alasan tertentu untuk bagi signal yang jelas kepada DHPP.

Apa pun, aku harap isu kenyataan Hu Pang Chow ni tak tambah mengeruhkan lagi DHPP. Harap-harap kontroversi ni buka ruang untuk semua pihak selesaikan masalah yang ujud dengan dan dalam DHPP kalau ada.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...