Blogger Umno seronok artis masuk Umno. | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Oktober 14, 2011

Blogger Umno seronok artis masuk Umno.

Bernama melaporkan:  
KUALA LUMPUR 14 Okt. — Seramai 10 artis semalam menyerahkan borang keahlian menyertai Pergerakan Pemuda UMNO.
 
Mengetuai penyerahan borang keahlian kepada Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin di pejabat Pemuda UMNO di sini ialah Timbalan Presiden Seniman, Rozaidi Abdul Jamil atau lebih dikenali sebagai Zed Zaidi.

Antara yang menyertai pergerakan itu ialah Rashdan Baba, Ezani Nizarif dan Haris Kool dan penyanyi Adam AF.

Zed Zaidi berkata, penyertaannya dalam parti itu adalah sebagai menerima pelawaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dalam program “Jom Masuk UMNO”.

Pelakon itu yakin corak kepimpinan Perdana Menteri akan melahirkan generasi pelapis yang dapat menyumbang kepada pembangunan negara termasuk industri hiburan. - Bernama
Nampaknya ramai blogger Umno seronok bila dilaporkan ada artis masuk Umno. Konon-konon depa boleh lawan bila ada artis masuk PAS. Tak faham aku apa yang depa seronok sangat.

Apa nak herannya artis masuk Umno? Memang sesuai sangat pun kalau artis masuk Umno. Lagi pun, memang suasana sangat kondusif untuk depa masuk Umno. Pasainya memang Umno boleh bagi apa yang artis perlukan iaitu publisiti dan kemewahan.

Lain la kalau ada artis tolak bila diajak masuk Umno. Yang tu aku sikit heran pasainya artis tu melepaskan peluang untuk jadi lebih popular dan juga dapat lebih banyak 'job'.

Tambah-tambah lagi mengherankan kalau ada artis masuk PAS. Pasainya persekitaran dalam PAS sangat jauh berbeza dengan dunia artis. Yang boleh dapat pun mungkin cuma sekadar publisiti, tu pun tak tara mana. Pasainya artis tu hampir pasti akan diboikot oleh dunia hiburan, takdak lagi job dengan stesyen TV dan radio.

Pasai tu la aku memang respek dengan Bob Lokman, Paklong, Mel yang masuk PAS. Dan memang pun nama depa digam dan langsung tak keluar radio dan TV dah.

Jadinya, apa nak heran kalau Pemuda Umno boleh bawak masuk setakat 10 artis masuk Umno?

Lagi satu, berita artis masuk Umno ni langsung tak mempengaruhi undi peminat depa. Kalau ada  penyokong PR yang minat artis-artis tu, aku langsung tak fikir depa pun akan ikut jejak langkah artis, depa kutuk lagi ada la.

Berbeza pulak kalau ada artis masuk PAS, paling kurang pun akan ada peminat artis tu yang akan terfikir, pasai apa pulak artis tu sanggup masuk PAS. Tak mustahil kalau sebelum ni depa sokong Umno, depa akan bertukar jadi penyokong PAS.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...