Berdasarkan fakta sejarah, Tanah Melayu "tidak pernah terjajah", sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British, dakwa sejarahwan Profesor Datuk Dr Zainal Kling.Maksudnya, apa yang Tunku Abdul Rakmah buat hampir 60 tahun dulu semuanya kerja bodoh. Sungguh-sungguh Tunku Abdul Rahman sampai pi mengadap Permaisuri British tu semua kerja bodoh.
"Fakta sejarah menunjukkan Tanah Melayu tidak pernah terjajah (oleh British). Ini mesti dibaiki dari sekarang oleh semua pihak sama ada pelajar, guru, ahli politik atau pentafsir politik," katanya.
Katanya lagi, sejak Perjanjian Pangkor ditandatangani pada tahun 1874, tidak pernah tercatat dalam perjanjian itu bahawa negeri akan dijajah, sebaliknya hanya dilindungi atau dinaungi.
"Dinaungi tidak sama dengan kolonial... Hanya tiga negeri sahaja yang merupakan tanah jajahan iaitu, Singapura, Melaka dan Pulau Pinang.
"(Negeri-negeri) yang lain adalah dinaungi (atau) dilindungi... Sejak mula Tanah Melayu bukan tanah jajahan atau koloni. Ini fakta sejarah dan perspektif sejarah (itu) perlu diubah.
"Jangan kita sebut, kita terjajah selama 400 tahun. Itu adalah kesalahan yang amat besar," katanya di Putrajaya hari ini. - Mkini.
Kalau tak dijajah pasai apa Tunku Abdul Rahman sibuk-sibuk mintak merdeka. Yang lebih mushkilnya pasai apa masa tu kena nyanyi lagu God save the queen.
Adakah Zainal Kling nak bagitau seluruh umat manusia yang duduk di Tanah Melayu masa tu semua bodoh belaka, taktau apa yang dimaksudkan dengan dijajah dan apa yang dimaksudkan dengan merdeka.
Pemimpin Umno yang masa tu gunakan selogan "Hidup Melayu' pun tau apa maksud merdeka pasai tu la depa popularkan ayat macam "Nak merdeka apanya nak bat jarum pun tak reti.."
Apa lah malang nasib Malaysia ditadbir oleh Umno BN yang bergantung kepada Profesor BANGANG macam Zainal Kling ni...
Tapi bila difikir dari sudut positif, elok jugak prof kangkung macam Zainal Kling ni bukak mulut. Bila depa bukak mulut akan terkeluar macam-macam ayat bangang dan rakyat tentu akan berfikir. Bila semakir ramai rakyat berfikir semakin ramai yang akan mempersoalkan Umno BN. Bila semakin ramai mempersoalkan Umno BN makin ramai yang akan menentang Umno BN dan akhirnya Umno BN akan lebih cepat tumbang.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis