Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menepis dakwaan bahawa langkah kerajaan memansuhkan akta ISA adalah "hasil perjuangan" Pakatan RakyatMalaysianInsider pula melaporkan:
Sebaliknya langkah berkenaan merupakan keputusan yang dibuat oleh BN "kerana kita dengar isi hati rakyat yang mahu perubahan."
"Jadi jangan ada orang hendak 'claim credit' kononnya pengumuman itu adalah hasil perjuangan mereka."
Beliau berkata demikian sebagai mengulas reaksi segera yang ditimbulkan pemimpin Pakatan sebaik beliau membuat pengumuman tersebut pada malam Khamis lalu. - Mkini.
KUALA LUMPUR, 17 Sept — Pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) mempertahankan pengumuman Datuk Seri Najib Razak mahu memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebagai inisiatif mereka sendiri, bukannya mencuri idea Buku Jingga Pakatan Rakyat atau disebabkan desakan pembangkang.Ikut suka la nak mengaku ka dak. Tapi yang nyatanya kerja desak mansuhkan ISA ni dah lama berjalan. Yang tidur lokap pasai demo desak mansuhkan ISA pun ramai. Yang turun naik mahkamah pun ramai..
Pakatan Rakyat melancarkan Buku Jingga Disember lalu dan salah satu daripada 10 inisiatif yang hendak dilaksanakan dalam 100 hari pertama jika menerajui Putrajaya ialah memansuhkan ISA.
“Bila buku Jingga itu keluar? Perdana Menteri sudah umum kajian ISA secara holistik dua tahun lalu, kita sudah pun menjalankan proses kajiannya secara bijaksana,” kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein selepas merasmikan Majlis Penerangan Perdana di Seremban hari ini. - TMI.
Tak kira la sapa punya pasai pun, tapi yang pentingnya, akhirnya ISA dimansuhkan jugak. Tapi yang lebih penting lagi rakyat nak tengok macamana rupa 2 undang-undang yang Najib bagitau akan dibuat untuk menggantikan ISA tu.
Najib dan Hishamuddin ni nak tipu sapa? Ada ka orang yang nak percaya cakap Najib dan Hishamuddin ni?
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis