Awat la Manoharan pi tarik balik kenyataan dia tu? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, September 17, 2011

Awat la Manoharan pi tarik balik kenyataan dia tu?

mStar melaporkan:
PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan DAP Kota Alam Shah, M. Manoharan yang mengeluarkan pandangan kontroversi di laman Facebooknya agar bendera Jalur Gemilang ditukar jika Pakatan Rakyat memerintah akhirnya telah menarik balik kenyataan tersebut.

Beliau telah memohon maaf tentang pandangan tersebut di laman Facebook beliau.

“Saya anak Malaysia yang patriotik. Saya memohon maaf jika komen saya mengenai bendera Malaysia itu telah menimbulkan perasaan tidak selesa kepada anda semua. Terima kasih,” katanya dalam kemaskini yang dibuat di laman tersebut.

Terdahulu, ketika dihubungi oleh The Star, beliau memberi alasan mengeluarkan pandangan tersebut kerana berpendapat, rekaan bendera Jalur Gemilang menyerupai bendera Barisan Nasional (BN) dan tidak memberi gambaran mengenai rakyat Malaysia. - mStar.
Kalau ikut laporan mStar tu, Manoharan tarik balik kenyataan dia, tak pasti pulak dia tarik balik yang mana. Kalau dia tarik balik semua kenyataan dia tu dia memang bangang. Pasainya bukan semua yang dia tulis macam yang dilaporkan mStar tu salah.

Kalau dia takut kenyataan dia tu akan sebabkan rakyat Malaysia marah dia dan dia kalah kalau bertanding lagi masa PRU13, dia silap. Pasainya macam yang aku tulis sebelum ni kat sini, aku yakin kalau dibuat survey sebahagian besar rakyat Malaysia memang setuju design tu ditukar. Aku taktau la pulak kalau ada lagi rakyat Malaysia yang bangga ada bendera yang mirip sangat dengan bendera Amerika, negara pengganas nombor satu dalam dunia tu.

Apa salahnya kalau minta tukar Jelur Gemilang dengan bendera baru. Minta tukar design Jalur Gemilang bukan pasai tak suka dengan bendera Malaysia tapi cuma tak suka dengan design bendera tu yang memang kalau tengok sekali imbas orang akan kata bendera Amerika, tambah-tambah pulak bagi yang tak kenal bendera Malaysia.

Yang salahnya bila dia tulis Jalur Gemilang tu macam bendera BN. Yang betulnya bendera BN tu yang tiru Jalur Gemilang bukan sebaliknya. Kalau Jalur Gemilang ditukar mungkin bendera BN pun depa tukar jugak menyerupai bendera Malaysia yang baru. Takkan kut bila BN lagi design bendera Malaysia yang baru tu, kita nak tukar design lain pulak?

Macam yang aku tulis sebelum ni, aku sokong sangat kalau Pakatan Rakyat nak tukar design bendera Malaysia bila menguasai Putrajaya nanti. Malah kalau Umno BN cadang tukarkan sekarang pun aku akan sokong.

Aku rasa orang Umno pun suka kalau bendera Malaysia yang baru tu macam design imej yang aku bubuh kat atas tu pasai merah putih tu serupa macam bendera Umno, cuma gambar keris telanjang tu ditukar dengan bulan bintang.

Orang PAS pun tak sepatutnya tak suka pasai bendera rasmi PAS pun ada merah putih jugak. Yang warna hijau dengan bulan tu lambang PAS bukan bendera PAS.

Orang DAP pun tentu takdak masalah pasai warna merah memang dah macam warna rasmi DAP. Yang mungkin tak suka pun mungkin cuma orang PKR pasai depa lebih minat warna biru laut.

Patutnya Manoharan tak tarik balik kenyataan dia tu. Cukup sekadar dia tekankan yang dia bukan tak patriotik.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...