JEMPOL: Sokongan rakyat yang semakin rebah terhadap PAS ekoran kelancangan mulut Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu, menyokong perjuangan komunis, menyebabkan parti itu terpaksa mengalah dalam isu perjuangan kemerdekaan negara ini, yang sebenarnya dilakukan Umno.Dalam berita yang aku terdengar di radio pagi tadi jelas sebut yang PAS buat sidang media nyatakan pendirian tak sokong komunis sebab tekanan dari banyak laporan polis yang dibuat oleh berbagai pihak.
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata sesiapa sahaja di Malaysia, yang membayangkan sokongan terhadap komunis, tidak akan berjaya. - mStar.
Umno melalui media 'si anjing Umno' terpaksa spin hala ke situ pulak. Dah tak dengar lagi media perdana pencacai Umno sebut pasai Mat Indera pasai depa tau kalau terus popularkan nama Mat Indera akan merugikan Umno BN. Media perdana pencacai Umno cuma spin kata Mat Sabu iktiraf perjuangan Komunis. Yang masih BANGANG terus belasah Mat Indera cuma blogger pencacai Umno.
Yang sebenarnya PAS tak pernah pun iktiraf komunis. Mat Sabu pun dalam ceramah dia di Padang Menora tu langsung tak sebut perkataan komunis. Mat Sabu cuma sebut Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan menentang penjajah pasai jadi ketua serang
Kat bawah ni video Sidang Media yang berita radio kata PAS berubah dari sokong komunis kepada tak sokong komunis. Aku cadangkan sangat-sangat hangpa tengok video ni yang cerita dengan jelas apa pendirian PAS dalam isu Mat Indera, serangan ke atas rumah pasong Bukit Kepong dan komunis.
Dalam sidang media ni, selain dari Cikgu PAS, Mat Sabu, Ust Tuan Ibrahim, Salahuddin dan Dr. Dzulkifli jugak bercakap menyatakan pendirian PAS bersangkut isu-isu tu. Jelas dan terang.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis