Macam tu jugak dalam sehari dua ni, isu hudud pulak tarik perhatian bila Dr. Mahathir cuit pasai apa Kelantan tak jalankan hudud padahal dia bukan lagi PM. Riuh rendah semua orang komen pasai hudud.
Memang 2 isu ni boleh bagi kesan besar kepada undi dalam pilihanraya, pasai tu la kedua-dua belah pihak, BN dan PR sibuk nak ambil 'political mileage'. Cumanya kan ka cantik kalau isu harga barang pun boleh jadi panas macam isu Mat Indera dan Hudud ni jugak.
Yang aku kesalkan, isu kenaikan harga barang ni macam langsung dilupakan. Macam harga barang dah tak jadi masalah sekarang. Ingat kalau Mat Indera diangkat jadi pejuang harga beras boleh turun? Ingat kalau Kelantan laksanakan hudud harga gula boleh jadi murah?
Tak kira la nak mainkan isu apa pun, tapi tolong la. Isu harga barang naik ni jangan la buat-buat lupa. Isu ni sebenarnya yang rakyat nak sangat dengar, apa plan penyelesaian yang Pakatan Rakyat boleh bagi. memang isu harga barang ni ada disentuh dalam Buku Jingga tapi detailnya macamana.
Kalau boleh selesaikan isu harga barang ni, tak kira belah mana pun, kemenangan dalam pilihanraya memang dalam tangan punya.
Baru-baru ni aku ada dengar dari Husam Musa pasai cadangan projek nak jual murah barang keperluan utama macam beras, gula dan tepung. Katanya kalau jadi projek tu memang boleh dijual beras gula dan tepung pada harga yang jauh lebih murah dari harga semasa walaupun kerajaan tarik balik subsidi.
Dengar ceritanya hari tu projek tu kena KIV dulu pasai sangkut bab kelulusan mengimport. Pasai barang-barang tu barang kawalan dan perlukan permit import dan bab tu memang kena dapat kelulusan dari kerajaan pusat. Katanya kalau dapat permit import memang takdak masalah nak dibuat.
Masalahnya, tah apa perkembangan sekarang ni aku taktau, langsung tak dengar cerita. Takkan benda macam ni pun nak rahsia jugak kut?
Aku harap sangat kalau boleh Husam bentangkan kertas kerja projek tu kepada umum. Biar rakyat sendiri menilai projek tu.
Kita kena tunjukkan apa sebenarnya yang boleh dibuat kalau kita dibagi kuasa. Dan kita sebenar-benarnya bukan cakap kosong bila kita kata kita boleh turunkan harga barang kalau kita ambil alih Putrajaya.
Sebelum tu, kita layan dulu video pasai harga barang kat bawah ni hasil usaha dan kreativiti Awang Janggut.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis