Hari tu Mahathir perli Najib, semalam MCA pulak tambah | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, September 25, 2011

Hari tu Mahathir perli Najib, semalam MCA pulak tambah

MalaysianInsider melaporkan:  
KUALA LUMPUR, 24 Sept — MCA menyelar tindakan mengheret Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu ke mahkamah berhubung kenyataan berkenaan peristiwa Bukit Kepong kerana ia hanya akan meninggalkan imej buruk di pihak kerajaan dan membawa simpati kepada pembangkang.
   
Naib Presiden MCA Gan Ping Sieu berkata, tindakan mengenakan tuduhan ke atas Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu hanya akan menimbulkan keraguan mengenai dasar pembaharuan dan kebebasan sivil yang cuba dibawa oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sejak kebelakangan ini.
 
Sebaliknya kata Gan, kerajaan seharusnya membiarkan Mohamad dan penyokongnya terus mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang tidak masuk akal, bukannya menghadapkan mereka di mahkamah.

Katanya, kontroversi-kontroversi berkaitan fakta sewajarnya diselesaikan menerusi debat peringkat tinggi dan juga menerusi kajian akademik.

“Mengambil tindakan mahkamah hanya akan membawa gambaran negatif ke atas kerajaan,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini. TMI
Sebelum ni PakBakar Penarikbeca ada tulis:
Tun Dr Mahathir pelece (maksudnya lecehkan tapi pelece kat kampung saya maksudnya rendahkan) Haji Mohamad Sabu, tapi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang nampak bongok. Dalam berita bertajuk "Dr M: Biarkan Mat Sabu bercakap, BN akan untung", Dr Mahathir dipetik berkata:
"Kalau saya jadi PM, saya nak upah orang PAS supaya kata macam Mat Sabu. Apa pasal nak kenakan tindakan kepada dia.

"Biarlah dia pergi mana-mana, orang akan sakit hati bila dengar dia bercakap dan kita akan untung.

"Kerana marah kepada Mat Sabu, orang akan undi BN. Jadi dia perlu dibiarkan".
Dalam kenyataan itu, tinggal lagi Dr Mahathir tak kata, awat Najib bongok sangat pi dakwa Mat Sabu di mahkamah? Kalau biaq Mat Sabu merapu, lagi banyak orang sakit hati, parti kita boleh menang, bodoh oi! - Penarikbeca.
Hari ni MCA tolong tambah lagi hujjah pasai apa tindakan mendakwa Mat Sabu tu memang patut sangat dikata tindakan BONGOK.

Memang bongok punya kerja la bawak pertikaian berkenaan sejarah ke mahkamah. Patutnya pertikaian berkenaan sejarah kena diselesaikan oleh pakar sejarah. Pakar sejarah pulak bukan boleh setakat cakap ikut apa yang dia fikir tapi kena siap dengan bukti hasil kajian terpeinci.

Malang sungguh Malaysia ada PM macam Najib yang nampak macam tak berapa cerdik, ditambah pulak reba bini yang gila glamour. Lebih malang lagi bila dikelilingi pembantu dan penasihat yang BONGOK pulak.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...