Bangang jugak Muhyiddin ni rupanya | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, September 22, 2011

Bangang jugak Muhyiddin ni rupanya

MalaysianInsider melaporkan:
PUTRAJAYA, 22 Sept — Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Umno bersetuju dengan hukum hudud pada dasarnya kerana ia sebahagian daripada Islam, tetapi Malaysia belum bersedia untuk melaksanakan undang-undang sedemikian buat masa sekarang.
   
Katanya, ada keperluan untuk mengembangkan maklumat mengenai undang-undang hudud agar orang ramai memahami sebelum parti yang memerintah boleh berfikir untuk melaksanakannya.

“Ini adalah pendirian kami sejak dari dahulu lagi,” kata beliau (gambar) kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa Kabinet mengenai harga barang dan bekalan di sini.
 
“Lebih-lebih lagi, dalam konteks masyarakat pelbagai kaum dan agama, kita harus mengembangkan pengetahuan secara meluas sebelum kita boleh sampai ke satu tahap di mana kita merasakan bahawa sudah sesuai masanya (untuk melaksanakan), tetapi saya tidak fikir kita sudah sampai (di situ),” kata Timbalan Presiden Umno. - TMI.
Persoalannya, sejak bila Umno mengembangkan maklumat pasai undang-undang hudud ni. Masalnya kalau harap ke Umno tah bila rakyat Malaysia boleh dapat kefahaman sebenar pasai hudud ni pun taktau. Silap-silap sampai kiamat pun Malaysia takkan bersedia.

Tak sesuai ka aku kata BANGANG kalau mengeluh orang tak faham tapi tak pernah pun buat buat kerja nak bagi orang faham.

Sebelum ni MalaysianInsider ada melaporkan:
KUALA LUMPUR, 20 Sept – Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan golongan yang menolak untuk melaksanakan hukum hudud seperti menghina dan mengetepikan ajaran Islam, dan merupakan golongan yang “jahil.”

Nik Aziz (gambar) berkata, kekeliruan tentang hukum hudud berlaku disebabkan pandangan yang dikeluarkan golongan tertentu yang jahil tentang undang-undang Islam itu.

“Saya menyebut hakikat ini kerana kekeliruan yang timbul atau sengaja ditimbulkan dalam negara kita bahawa hudud ertinya hukuman ke atas pesalah.

“Justeru, hudud diwajahkan dengan wajah yang begitu buruk dan mengerikan. Seolah-olah apabila hukum hudud dilaksanakan, semua tangan akan dipotong dan semua batu akan dijadikan lontaran untuk pesalah,” kata beliau.

“Kita masih terngiang-ngiang kata-kata sinis yang dilontarkan sedikit masa lalu yang menyatakan ‘Jika mahu menikmati sup tangan, silalah ke Kelantan’ dan ‘akan habislah batu-batu di Kelantan digunakan untuk melontar pesalah zina’,” kata Nik Aziz lagi. - TMI.
Tak dengar pulak apa komen Muhyiddin bila ada pemimpin Umno yang cakap macam tu.

Harap-harap lepas ni Muhyiddin ambik inisiatif supaya Umno pulak buat program macam Hari Hududullah yang Kelantan buat baru ni.

Dulu masa PAS bentangkan undang-undang hudud di Dewan Undangan negeri Kelantan, pemimpin Umno kata yang tu hudud PAS tapi sampai hari ni tak pernah pun keluar hudud Umno. Yang pernah keluar cuma surat amaran dari Perdana Menteri yang sampai hari ni tak pernah ditarik balik.

Teringin jugak nak dengar apa komen Najib sebagai Perdana Menteri merangkap presiden Umno. Takkan tak berani nak bagi komen kut. Dah la orang suruh jadi jadi saksi di mahkamah pun penakot nak komen pasai hudud pun penakut jugak.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...