KUALA LUMPUR, 21 Sept – Pakatan Rakyat hari ini memutuskan untuk menyertai jawatankuasa pilihan khas Parlimen pembaharuan pilihan raya walaupun sebelum ini mendesak pentadbiran Najib memberi jaminan pilihan raya umum ke-13 diadakan dengan melaksanakan cadangan reformasi panel itu.Sebelum ni MalaysianInsider ada melaporkan:
Menurut Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar), keputusan itu dibuat dengan mengambil kira banyak faktor termasuk untuk memastikan jawatankuasa itu berfungsi dengan baik dan melaksanakan tugas-tugasnya.
“Sehingga hari ini kita belum diberi maklumat tentang jawatankuasa ini bagaimana pun kita bersetuju menyertainya kerana kita akan minta wakil-wakil kita membawa mandat rakyat yang dicetuskan Bersih 2.0 (Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil).
“Dan, pendekatan ini kita akan tuntut laksanakan tuntutan Bersih 2.0, reformasi secara keseluruhan proses pilihan raya dan kita akan pastikan jawatankuasa ini tidak menjadi helah dan kita akan pastikan pilihan raya diadakan selepas reformasi dilakukan,” katanya pada sidang media di sini. - TMI.
KUALA LUMPUR, 13 Sept — Pakatan Rakyat hari ini melahirkan kesediaan untuk menyertai jawatankuasa pilihan khas Parlimen pembaharuan pilihan raya, namun meletakkan lima syarat yang pihaknya mahu Datuk Seri Najib Razak tunaikan.Malas aku nak komen apa-apa, cuma nak ingatkan jangan sampai rakyat ingat Pakatan Rakyat tak serius dan tak tetap pendirian.
Menurut Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub (gambar), Najib perlu memberikan jawapan terhadap lima syarat itu sebelum sesi Parlimen yang akan bermula 3 Oktober ini.
Antara lima syarat itu, Pakatan Rakyat mahu tarikh pilihan raya umum ke-13 ditetapkan secara bersama.
“Tidak pernah berlaku sejarah ada satu muafakat untuk kita tetapkan tarikh pilihan raya, tidak pernah berlaku... kalau berlaku apa salahnya kita duduk bersama. Kita boleh buat tentang satu kerjasama untuk tetapkan bersama tarikh pilihan raya umum ke-13,” kata Salahuddin pada sidang media di sini.
Tambah beliau, pihaknya juga mahu Putrajaya melaksanakan lapan tuntutan yang dikemukakan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0).
“Yang pertama lapan tuntutan Bersih 2.0 dan SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) perlu melaksanakan segera perkara-perkara yang boleh dilakukan, kedua kita tarikh pilihan raya umum ke-13 dibuat secara muafakat antara BN (Barisan Nasional) dan Pakatan Rakyat... dalam erti kata lain pembubaran Parlimen mesti dapat persetujuan dan kata sepakat antara BN dan Pakatan Rakyat.
“Sekiranya persetujuan di atas disepakati jawatankuasa ini mesti diberi ruang untuk mengkaji cadangan, keempat jawatankuasa ini perlu memasukkan isu pemberian kerakyatan warga asing sebagai terma rujukan dan kelima segala cadangan jawatankuasa hendaklah ditunaikan oleh pihak kerajaan bukan jawatankuasa yang hanya beri cadangan kemudian tidak tahu ke mana pergi cadangan itu,” katanya. - TMI.
Lagi satu aku nak tengok lama mana 3 wakil Pakatan Rakyat tahan duduk dalam jawatankuasa tu.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis