Ramai kemboja belah Nibong Tebal akan mengundi di Selangor | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Ogos 16, 2011

Ramai kemboja belah Nibong Tebal akan mengundi di Selangor

Aku dapat maklumat dari perawi yang boleh dipercayai yang bagitau ramai orang kemboja yang duduk di belah Nibong Tebal tengah mohon warganeraga. Perawi ni bagitau, ada member dia yang bukak pusat photostate bagitau depa ramai-ramai photostate macam-macam dokumen.

Member tu pun mushkil jadi dia tanya depa nak buat apa photostate ramai-ramai tu. Depa bagitau kat dia depa nak memohon jadi warganegara. Depa bagitau depa akan didaftarkan di Selangor. Bunyinya macam memang boleh dapat.
 
Parit Buntar sejak akhir-akhir ni yang memang terkenal sebagai tempat murah untuk shopping kain baju tu pasai ramai orang kemboja bukak kedai. Depa ni punya bisness dari juai rumah-ke rumah sampai mengimpot pun depa buat sendiri. Rangkaian depa memang cekap dan dengarnya dah berkembang hampir ke seluruh negara.


Pasai tu la orang Kemboja memang ramai kut belah Parit Buntar ni. Yang duduk di belah Nibong Tebal yang sempadan dengan Parit Buntar pun ramai. Depa punya penghulu besar depa memang duduk kat sini dan yang dah jadi jutawan pun ada.

Yang aku menariknyanya depa bagitau yang depa ni akan didaftarkan di Selangor. Jadinya aku harap jentera belah sana tolong ambik perhatian perkara ni.

Aku yakin depa-depa ni akan didaftarkan di bawah projek yang mungkin sesuai kita namakan 'Mismah Gate Tawan Selangor'. Maksudnya, depa ni memang dirancang supaya didaftarkan di Selangor dan lepas dah dapat status warganegara depa akan didaftarkan pulak sebagai pengundi di Selangor.

Tapi, bila fikir-fikir balik, apa yang jentera di Selangor boleh buat pun. Kalau betul depa memang dapat taraf warganegara memang thampir takdak apa yang kita boleh buat. Yang ada pun cuma kita bantah pendaftaran depa sebagai pengundi kalau kita dapat buktikan yang depa-depa tu tak duduk di alamat pendaftaran depa.

Bukan senang punya kerja, pasainya puak-puak Kemboja ni memang biasa kalau setakat duduk 3,4 kelamin dalam satu rumah. Kalau memang betul alamat dalam Mykad depa tu sama dengan alamat tempat mengundi tu dan memang kat rumah tu ada orang Kemboja yang duduk, memang takdak apa yang boleh dibuat.

Mungkin lepas ni jentera PR kut belah sana kena cari petugas parti dari kalangan orang kemboja pulak la... Masalahnya macamana nak 'counter' balik baiah macam dalam imej yang kat atas tu?


Sumber image: Facebook

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...