Najib dengan SPR sama saja, pekak badak | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Ogos 17, 2011

Najib dengan SPR sama saja, pekak badak

Harakahdaily melaporkan:
KUALA LUMPUR, 16 Ogos: Pakatan Rakyat kesal dengan tindakan Perdana Menteri yang tergesa-gesa menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen untuk melarikan diri daripada desakan asasnya berhubung isu warganegara asing dijadikan warganegara ini.

Tindakan menjadikan warganegara asing sebagai warganegara merupakan satu pengkhianatan amat jelas terhadap negara yang dilakukan oleh para pemimpin Umno BN dan ia perlu dibincangkan dengan meluas di Parlimen, bagi menyelesaikannya demi kepentingan negara.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, namun tindakan Najib menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen amat meragukan Pakatan Rakyat, lebih-lebih lagi penubuhannya langsung tidak dirundingkan dengan ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat.

Menurut beliau, penubuhan jawatankuasa itu adalah susulan dari tindakan pemimpin Pakatan Rakyat yang turut melibatkan beliau yang menghantar surat rasmi ke Parlimen untuk mendesak kerajaan memanggil persidangan khas Parlimen pada 8 Ogos lalu. - Hrkh.
Najib ni lebih kurang sama ja macam SPR 'si anjing Umno' tu.

Macam sebelum ni, BERSIG 2.0 tuntut digunakan dakwat kekal tapi SPR pekak badak, sibuk nak guna kaedah biometrik. Orang cadangkan guna kaedah yang simple tapi telus SPR sibuk nak gunakan kaedah biometrik yang canggih tapi langsung tak telus.

Sama jugak dengan Najib, Pakatan Rakyat cadangkan diadakan Persidangan Khas Parlimen untuk bincangkan isu berkenaan SPR dan JPN tiba-tiba Najib nak buat Jawatankuasa Khas Parlimen pulak.

Memang tepat sangat apa yang Salahuddin kata tu, lebih kurang sama macam apa yang aku tulis sebelum ni, tindakan Najib tu amat-amat mencurigakan.

Pada aku kenyataan Salahuddin ni yang paling tepat sekali berbanding kenyataan yang lain.

Contohnya macam kenyataan Pakatan Rakyat yang dibacakan oleh Nurul Izzah tu. Sungguh-sungguh mintak Jawatankuasa tu dibagi kuasa mutlak siap mintak kewangan sekali dan dengan macam-macam permintaan lain macam yang dilaporkan Malaysiakini.

Kalau tengok kepada apa yang Muhyiddin Yasin ulas pasai cadangan Najib ni, permintaan Pakatan Rakyat tu tak pasai punya la 'Putrajaya' nak layan.
PUTRAJAYA 16 Ogos - Pembentukan Jawatankuasa Pemilih Parlimen untuk membincangkan reformasi pilihan raya bukan bermakna sistem pilihan raya yang sudah digunapakai selama ini tidak baik tetapi sebaliknya untuk memperkukuhkannya lagi, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, keputusan-keputusan pilihan raya sebelum ini tidak akan dipertikaikan yang kesemuanya dijalankan dengan telus, cuma ia akan diperbaiki berikutan minat kumpulan dalam masyarakat yang mahu supaya ia dilakukan.

"Dan itu juga diakui oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di mana perlu mereka memperkemaskan senarai daftar pemilih, memperkukuhkan cara undian dijalankan, undi pos, jadi itu proses yang sudah berjalan.

"Dengan adanya jawatankuasa, itu akan diambil kira dan jika ada perakuan yang mereka nak buat, mereka akan kemukakan supaya SPR dapat mengambil langkah sewajarnya," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Kreatif Sains dan Matematik Kebangsaan 2011 di sini hari ini. - Bernama.
Jenis pekak badak ni bukan faham kalau kita cakap banyak pun. Sebelum ni dah berbuih kita bercakap depa tetap dengan pekak badak. Depa cuma mula dengan bila tengok himpunan BERSIH 2.0. Jadinya untuk pastikan depa terus mendengar kita kena tbagi tekanan dengan himpunan BERSIH 3.0 pulak. Aku yakin kalau kita tekan dengan BERSIH 3.0 lagi banyak permintaan kita depa dengar.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...