KUALA LUMPUR, 29 Ogos — Hampir separuh daripada rakyat negara ini tidak berpuas hati dengan cara Putrajaya mengendalikan perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara awal bulan lalu, demikian menurut kajian terbaru kendalian Merdeka Center.
Hasil kajian firma itu yang dikeluarkan hari ini menunjukkan 48 peratus tidak bersetuju dengan cara digunakan oleh pentadbiran Najib manakala 39 peratus melahirkan pendirian bersetuju.
Mengikut pecahan kaum, pendirian tidak berpuas hati sangat tinggi di kalangan masyarakat Cina iaitu 68 peratus, diikuti 55 peratus melibatkan orang India dan 37 peratus kalangan Melayu.
Bagaimanapun dari segi puas hati, responden kalangan Melayu merekodkan 53 peratus, 28 peratus di pihak kaum India dan 17 peratus orang Cina. - TMI.
Merdeka Center tak kata macam tu, tapi dari angka yang Merdeka Center keluarkan, paling tinggi pun cuma 37% saja dari orang melayu sokong himpunan BERSIH 2.0 9 Julai lepas pasai cuma 37% yang tak puas hati dengan cara pentadbiran Najib melayan himpunan BERSIH 2.0.
Peratus orang cina yang sokong cukup tinggi walaupun tak ramai orang cina turun demonstrasi. Walaupun cina tak ramai turun tapi kalau nak dibandingkan dengan BERSIH tahun 2007 dulu, BERSIH 2.0 memang nampak sangat peningkatan 'keberanian' orang cina untuk turun bersemonstrasi.
Orang Indai walaupun tak ramai yang turun himpunan BERSIH 2.0 tapi ramai yang sokong himpunan tu. Kemarahan depa kepada MIC BN nampaknya belum reda walaupun nampak penurunan yang agak ketara berbanding masa PRU12 dulu.
Walau apa pun, nampak jelas hasil himpunan BERSIH 2.0 dulu, sokongan kepada Najib jatuh teruk. Walaupun Najib 'lari' keluar negara masa himpunan BERSIH 2.0 tu tapi Najib tetap disalahkan. Malah gelpombang kuning kejar Najib sampai ke luar negara.
Kalau tengok kepada angka yang Meredeka Center keluarkan tu, memang sepatutnya pun Pakatan Rakyat berusaha mengekalkan momentum BERSIH sekurang-kurangnya sampai PRU13. Masalahnya nampak jelas Pakatan Rakyat semakin gagal mengekalkan momentum tu.
Nampak jelas rakyat semakin melupakan himpunan BERSIH 2.0. Yang lebih malang lagi, aktivis parti pun nampak macam tak bersemangat nak mengekalkan momentum tu. Takkan depa tak sedar kut yang aura BERSIH 2.0 cukup menggerunkan Umno BN dan semua 'si anjing Umno'. Takkan kita nak sesiakan 'peluru' yang hebat ni.
Realitinya boleh kita tengok dengan jelas, aura BERSIH 2.0 semakin malap. Tak ramai yang sahut seruan supaya pakai baju kuning setiap Sabtu.
Lagi satu, hangpa cuba ingat balik, berapa orang yang pakai baju raya tema 'kuning' masa sembahyang hari raya pagi tadi...
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis