Stesyen bas pindah, jalan ditutup; kita jalan kaki.. | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Julai 08, 2011

Stesyen bas pindah, jalan ditutup; kita jalan kaki..

   
Harakahdaily melaporkan:
KUALA LUMPUR, 7 Julai: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, himpunan Bersih 2.0 Sabtu ini tetap akan disertai PAS biarpun mereka terpaksa berjalan kaki ke Stadium Merdeka.
 
"Kita akan bergerak setakat yang boleh. Sekalipun kenderaan ditahan, kita akan berjalan kaki ke Stadium Merdeka," katanya kepada Harakahdaily.
 
Beliau berkata demikian mengulas perkembangan terbaru bahawa permit sementara bas untuk perjalanan ke Kuala Lumpur tidak akan dikeluarkan untuk hari Jumaat dan Sabtu ini.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) memberi alasan tindakan itu bagi mengelak jangkaan kesesakan lalulintas pada hari tersebut.

Bagaimanapun dipercayai tindakan tersebut bertujuan menghadkan kehadiran peserta ke himpunan Bersih 2.0 di ibu negara pada Sabtu ini. - Hrkh.
Mesejnya adalah jelas, walau apa pun keadaannya arahan adalah supaya ke Stadium Merdeka walaupun terpaksa berjalan kaki.

Kalau tengok perkembagan terkini, mungkin tak ramai yang akan berjaya sampai ke Stadium Merdeka. Bagi yang berhalangan tempat berdemonya setakat mana yang sampai. Kalau dah tak boleh bergerak ke depan lagi pasai sekatan polis, kat situ la tempat kita berdemo.

Pihak Umno BN melalui "si anjing Umno" berusaha sehabis mungkin untuk gagalkan himpunan kali ni. Apa saja tindakan yang boleh dibuat akan dibuat, tak kira walau apa pun persepsi yang akan timbul. Yang penting kehadiran pada himpunan kali ni diminimumkan sehabis mungkin kalau pun tak berjaya digagalkan.

Bukasn saja banyak jalan yang akan ditutup, pengangkutan awam pun dilencongkan.

MalaysiaInsider melaporkan:
KUALA LUMPUR, 7 Julai — Polis akan menutup hampir 30 jalan utama di ibu negara Sabtu ini menjelang tiga perhimpunan yang akan dianjurkan oleh Bersih 2.0, Perkasa dan Pemuda Umno.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh berkata pihaknya menerima laporan bahawa beberapa kumpulan merancang untuk berkumpul di beberapa lokasi di kawasan panas dan menasihatkan publik agar menjauhkan diri dari Kuala Lumpur pada hari Sabtu jika tiada urusan di bandar raya.

Bagaimanapun katanya, mereka yang kerja dan tinggal di kawasan terbabit akan dibenarkan.

Kawasan-kawasan yang akan ditutup kepada trafik pada Sabtu ialah:

— Jalan Syed Putram Jalan Istana, Jalan Bukit Petaling, Jalan Bellamy dan kawasan sekitar Istana Negara

— Jalan Sultan Hishammuddin, Jalan Lembah Perdana, Jalan Chenderasari dan kawasan sekitar Masjid Negara

— Kawasan sekitar Dataran Merdeka, Pasar Seni, Masjid Jamek, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Kompleks Sogo, Maju Junction, Masjid Kampung Baru, Jalan Kinabalu, Jalan Kuching, Jalan Sultan Ismail, Jalan Raja Laut, Jalan Sri Amar, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Haji Taib, Jalan Raja Muda Musa, Jalan Raja Bot, Jalan Raja Abdullah, Jalan Dang Wangi, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Gereja, Jalan Raja Chulan, Jalan Tun Perak, Jalan Tun Tan Cheng Loke, Jalan Sultan Mahmud dan semua kawasan berhampiran. - TMI.
MalaysianInsider melaporkan:
KUALA LUMPUR, 7 Julai – Pihak berkuasa mula memperketatkan tindakan penguatkuasaan menjelang perhimpunan Bersih 2.0 Sabtu ini dengan yang terbaru mengarahkan agar operasi Hentian Puduraya, yang terletak di pusat bandar raya, ditutup sementara mulai tengah malam esok dan dipindahkan ke lokasi lain.

Hentian Puduraya, salah satu hentian utama di ibu negara, mengendalikan 300 perjalanan setiap hari.

Pusat perhentian itu terletak kira-kira dua kilometer dari Stadium Merdeka - lokasi Bersih 2.0 merancang untuk mengadakan perhimpunan Sabtu ini sebelum membatalkan perhimpunan jalanan.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider petang ini, Pengerusi UDA Holdings Datuk Nur Jazlan Mohamed mengesahkan bahawa operasi Hentian Puduraya akan dihentikan buat sementara mulai tengah malam esok dan pada hari Sabtu ini.

“Saya dimaklumkan operasi bas di Hentian Puduraya akan dihentikan mulai tengah malam esok, dan juga sepanjang hari Sabtu,” kata beliau.

“Mungkin langkah ini diambil selaras dengan keputusan SPAD, dan tindakan polis,” kata beliau.

Pagi tadi, Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Tan Sri Syed Hamid Albar memberitahu The Malaysian Insider bahawa pihaknya tidak akan mengeluarkan lesen sementara kepada bas kilang dan sekolah ke Kuala Lumpur.

Justeru kata beliau, bas-bas ke utara dan timur akan beroperasi di perhentian Jalan Duta manakala bas-bas ke selatan pula akan bergerak dari Terminal Bas Bersepadu di Bandar Tasik Selatan. - TMI.
Aku yakin perkhidmatan komuter dan LRT pun akan diganggu jugak esok. Kalau berjalan pun aku rasa banyak hentian yang tak berhenti.

Apa pun, macam arahan dari Mat Sabu, himpunan TIDAK DIBATALKAN walaupun terpaksa berjalan kaki ke Stadium Merdeka.

Berkaitan

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...