Rais tanya bangla Patriot kut? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Julai 17, 2011

Rais tanya bangla Patriot kut?

MalaysianInsider melaporkan:
KUALA LUMPUR, 16 Julai – Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sedang menjalankan kaji selidik untuk mengenal pasti motif mereka yang menyertai perhimpunan pada 9 Julai lalu.
 
Menterinya Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata kaji selidik oleh Jabatan Penerangan dan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) itu melibatkan tiga perkara penting iaitu mengapa mereka hadir pada perhimpunan itu, imbuhan yang diterima dan perasaan mereka apabila tidak faham mengapa mereka menghadiri perhimpunan itu.

“Jadi ketiga-tiga soalan itu sedang kita ajukan tetapi tidaklah dapat disusul kepada semua, sekiranya dapat kita kumpulkan sekitar 2,000 sampel, maka ia akan memberi satu pola yang kita akan umumkan kemudian.

“Ini supaya kita jangan rugi dari segi perjuangan dan Gagasan 1Malaysia itu sebenarnya adalah sesuatu yang setiap individu harus menilai dan menerimanya kerana ia mempunyai tujuan murni untuk menyatu padukan rakyat,” katanya dipetik Bernama Online.

Rais berkata kaji selidik itu penting kerana orang Melayu kini didapati mudah tertarik dengan isu-isu politik dan terikut-ikut untuk menyertai politik jalanan tanpa mengetahui masalah dan punca mereka melakukannya.

“Misalnya pada 9 Julai lalu, sedemikian ramai mereka yang terlibat tidak tahu kenapa mereka berada di Kuala Lumpur, mereka kata diberi sedikit imbuhan dan bila ditanya apa sebab datang, mereka kata sebab kawan-kawan ramai, kami pun datang, kami dapat imbuhan, jadi kami pun mengambil bahagian,” katanya. - TMI.
Kalau kaji selidik tu Jabatan Penerangan dan JASA yang buat baik tak payah, buang karan ja buat. Bukan setakat keputusan dia dah boleh kita agak tapi penerimaan masyarakat pun kita dah boleh agak.

Sapa nak percaya kaji selidik kalau yang buat tu Jabatan Penerangan dan JASA. Semua orang tau apa status Jabatan Penerangan dan JASA, tak lebih sekadar pencacai Umno.

Malah semua kakitangan yang bertugas dengan Jabatan Penerangan tu memang confirm 'si anjing Umno'. Tambah-tambah lagi la Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa), memang ditubuhkan khas untuk bagi gaji kepada pencacai Umno yang ditugaskan buat kerja semata-mata untuk Umno.

Dah tentu la hasil kajian yang depa buat kalau dibentangkan kepada orang ramai hasil yang menyebelahi Umno. Tambah pulak lagi Rais sendiri dah bagi 'skima jawapan' untuk kaji selidik tu, aku yakin hasil kaji selidik tu akan 100% tepat macam yang Rais kata tu.

Aku mushkil jugak, kalau betul la macam yang Rais kata tu, ada yang kata taktaupasai apa dia berada di Kuala Lumpur dan ada yang mengaku dibagi imbuhan, aku rasa orang yang tanya tu buta warna, tak kenal yang mana satu warna kuning dan yang mana satu warna merah.

Aku yakin yang ditanya tu yang pakai baju warna merah bukan yang pakai baju warna kuning. Pasai tu la tak heran dia mengaku dapat imbuhan. Aku rasa yang ditanya tu mamat macam gambar kat atas tu kut.

Ataupun, tak mustahil jugak ada yang pi himpunan BERSIH 2.0 tu "taktau" pasai apa depa pi himpunan tu. Mungkin depa tu pi pasai terpengaruh dengan apa yang media arus perdana laporkan. Mungkin depa nak tengok sendiri macamana rupa himpunan yang media terutama sekali TV sungguh-sungguh tak bagi pi tu.

Aku teringat cerita sorang member yang kena tangkap masa himpunan BERSIH 2.0 Sabtu lepas. Masa soalsiasat dengan polis, polis tu tanya dia pasai apa dia datang Kuala Lumpur. Selamba ja dia jawab "Saya baca dalam Utusan kata ada demonstrasi, pasai tu la saya mai..." Agak-agak hangpa apa komen polis yang tanya tu? Hahahaha....

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...