MP Pakatan Rakyat dicucuk hidung Ambiga kapir lahanat? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Julai 14, 2011

MP Pakatan Rakyat dicucuk hidung Ambiga kapir lahanat?

Malaysiakini melaporkan:
Menteri Pertanian dan Asas Tani Datuk Seri Noh Omar menyifatkan pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) Datuk S Ambiga "lebih hebat" daripada ahli parlimen Pakatan Rakyat.
 
Dengan sinis, Noh (kanan) berkata, ahli parlimen Pakatan "macam lembu dicucuk hidung" dengan mengikut kata-kata Ambiga, antaranya dalam cadangan mengadakan 'Sabtu kuning' setiap minggu.
 
"Nampaknya, Ambiga ini lebih hebat daripada ahli-ahli parlimen (Pakatan). Bagi saya, Ambiga buat macam itu, dia menghina ahli-ahli parlimen pembangkang yang ada pada hari ini.

"Kerana dalam parlimen, ramai ahli parlimen. Kalau sebagai ahli parlimen berbagai cara, mereka boleh menyuarakan lapan perkara, yang mereka tidak puas hati.

"Sepatutnya tugas ahli parlimen, tapi apa ahli parlimen buat," katanya ketika diminta mengulas saranan Ambiga supaya rakyat memakai apa-apa sahaja yang berwarna kuning sebagai sokongan berterusan kepada lapan tuntutan BERSIH.

Kenyataan Noh itu bagaimanapun dilihat bertentangan dengan pandangan Datuk Seri Najib Razak yang mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan dalang sebenar di sebalik perhimpunan itu. - Mkini
Nampak sangat pemimpin Umno dah pening dengan penangan BERSIH 2.0. Taktau macamana lagi nak yakin rakyat supaya tak terpengaruh dengan kempen BERSIH. Sebelum ni kata PR dibelakang tabir himpunan BERSIH 2.0 ni dah terpaling hanjap pulak, kata Ambiga cucuk hidung pemimpin Pakatan Rakyat.

Yang aku herannya, takkan tara tu ja tahap 'art of war' pemimpin Umno ni?

Apa sangat cerita 'cucuk hidung' kalau nak dibandingkan, wala' kepada 'hindu kapir'. Kalau spin Umno pasai Ambiga yang 'kapir harbi' tu pun tak berkesan, cerita Ahli Parlimen kena 'cucuk hidung' ni lagi la jalan. Malah orang gelakkan lagi si Menteri ni lagi ada laa...

Apa pun, jangan lupa macam ingatan dari Menteri Pertanian dan Asas Tani untuk semua orang pakai baju kuning setiap Sabtu. Bagi yang tak berapa nak berani macam aku, cukup la setakat pakai baju warna kuning saja. Tak kira la baju apa pun, janji warna kuning. Kalau kena tangkap dengan polis susah pulak nak kena bersoal-jawab dengan bos tempat kerja hangpa.

Tapi, bnagi yang jenih takdak apa yang nak ditakutkan dan suka pulak kepada cabaran, elok sangat la kakau boleh la pakai baju BERSIH 2.0 tu. Tambah-tambah bagi yang tak bawak pakai baju tu masa himpunan Sabtu lepas. Bila lagi nak pakai, takkan beli untuk simpan dalam almari ja...

   Cenangau Daunkari
Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...