Sejak akhir-akhir ni cerita aku banyak tentang demo yang tak lama dah nak tiba tu. Jadi,apa cara pon rakyat kena dibangkitkan dari tidoq yang lena setelah disemboqkan ubat penipuan oleh KERAjaan Barisan Natang. Kalo di luaq negara macam-macam cara aktivis kebebasan depa wat supaya semangat rakyat dapat dibangkitkan untuk menentang sesuatu yang buruk terutamanya yang dilakukan pemerintah depa. Depa jugak berdemo, melakar sajak dan syair, membuat lagu berunsurkan kebebasan dan jugak menampal poster serta mengedar risalah.
Sama jugak macam Malaysia. Sepatutnya kita diberi kebebasan untuk bersuara,menyatakan pendapat serta memperbetoikan apa yang tak kena. Pemerintah sepatutnya rapat dengan rakyat. Susah senang kena sama-sama jaga. Kalo pemerintah makan nasik dengan lauk sedap-sedap,rakyat dapat makan nasik pun dah cukup ok. Ini tidak,pemerintah makan nasik lauk sedap-sedap tapi rakyat dibiaqkan makan sampah!
Padahal pemerintah dapat merasa lauk sedap tu sebab rakyat bantu depa! Pemerintah mudah lupa. Mudah lupa bila dah ada kuasa! Ini dipanggil pemerintah bangsat! 53 tahun merdeka masih ada rakyat yang makan siput babi! Apa ni?
Bangun rakyat!!! BERSIH bukan untuk suka-suka. BERSIH adalah untuk semua rakyat menyatakan pendirian tegas supaya negara ini dijaga elok-elok! BERSIH adalah proes kita terhadap kepincangan KERAjaan Barisan Natang mentadbir negara! Ini bukannya agenda politik suka-suka. Ini serius dan jugak sebagai amaran kepada pemerintah supaya ikot apa yang rakyat mahu!
Lagu Tema (versi underground)
Menanti hari keramat menentang pemerintah bangsat!
Tiada yang dapat membunuh semangat membara dijiwa rakyat!
Bangun sekalian umat bagai pahlawan melancar jihad!
Biar dibasahi darah dan keringat
Yang zalim pasti dilaknat!
Katakan pada hatimu kau bebas menentang musuhmu
Dikebebasan yang baru kan ku bawamu
Kuatkanlah pegangan mu kita pastikan bersatu
Dikebebasan yang baru kitakan bertemu!
BERSIH!!! Selamanya...
BERSIH!!! Selamanya...
BERSIH!!! Selamanya...
BERSIH!!! Selamanya...
(*)Lirik asal oleh ACAB-Skinhead Selamanya..Aku ubah lirik yang bawah sekali tu ja..Wakakaka
Sumber dengan ubahsuai dari Kaki Hentam.
Lagu asal oleh ACAB
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis