Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu selamat menjalani pembedahan membetulkan ligamen lututnya yang terkoyak akibat dirempuh kenderaan Land Rover polis dalam perhimpunan BERSIH 2.0 Sabtu lalu.Berita atas tu berita kemarin dulu, 15 Julai. Alhamdulillah Bang Mat Sabu dah selamat menjalani penbedahan. umanya taktau berapa lama masa dia dinasihatkan supaya berehat dan berapa lama pulak masa dia nak berehat.
Menurut isterinya Normah Alwi, suaminya menjalani pembedahan itu di Hospital Pakar KPJ Selangor di Shah Alam pada jam 3 petang hari ini.
"Sekarang ini dia stabil, OK, sudah makan dan sedar," katanya sambil menambah pembedahan itu mengambil masa kira-kira satu jam.
Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Normah berkata, doktor memasukkan skru sepanjang 2.5 inci ke belakang pelipat lutut kanannya yang mengalami kecederaan. - Mkini.
Dalam Facebook Kelab MohdSabu ada ditulis:
Tuan Hj Mohamad Sabu membatalkan semua jadual dan program beliau bermula serta merta sehingga diberitahu kelak. Beliau telah menjalani pembedahan di bahagian lutut pada 15 Julai 2011 , yang cedera akibat jatuh dilanggar oleh polis pada 9 Julai 2011 yang lalu, beliau memohon kemaafan kepada semua pihak, terutama yang telah membuat perancangan tarikh ceramah atau program berkaitan. Facebook.Gambar kat atas tu aku cilok dari blog WanJi sebagai bukti untuk jawab spin yang banyak blog pencacai Umno buat kata mat Sabu mengada-mengada naik kerusi roda untuk tarik simpati. Malah ada yang dakwa Mat Sabu cedera tu tipu.
Kat bawah ni aku bubuh gambar besar x-ray yang nampak dengan jelas kedudukan skru tu.
Semoga cepat sembuh dan dapat terus lawan Umno dan yang sewaktu dengannya dengan lebih hebat lagi lepas ni.
[Sumber gambar: Blog WanJi]
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis