Tiada layanan istimewa untuk demo BERSIH - Ada Mat Sabu kisah? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Jun 07, 2011

Tiada layanan istimewa untuk demo BERSIH - Ada Mat Sabu kisah?

Malaysiakini melaporkan:
Pihak berkuasa tidak akan memberikan pengecualian tindakan undang-undang terhadap perhimpunan yang dirancang oleh gabungan menuntut pilihan raya bersih dan adil, BERSIH 2.0.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan ibu pejabat polis Dang Wangi di Kuala Lumpur hari ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein (kanan) berkata pihak yang terlibat tidak patut mengharapkan layanan istimewa.

Undang-undang berhimpun oleh lima orang atau lebih adalah tertakluk.

"Demonstrasi jalanan ini bukan benda baru. Dulu sudah ada (perhimpunan) anti-Isa, anti-PPSMI (program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris).

"Memang menjadi pertimbangan (pembangkang) sebab pilihan raya umum mungkin tahun ini, maka (mereka) mula mencari isu-isu sebegini rupa.

"Kita ikut undang-undang, keutamaan kita (pada) keamaanan dan keselamatan. Jika ini pertimbangan kita, tidak ada sesiapa yang boleh tuduh KDN dan polis salah guna kuasa," katanya. - Mkini.
Mat Sabu sebagai  Pengerusi Badan Penggerak Mobilisasi Demokrasi PAS, aku yakin langsung tak heran dengan kenyataan Hishamuddin ni. Bukan setakat Mat Sabu tak kisah tapi semua kaki demo tentu senyum mengejek kalau baca amaran Menteri Dalam Negeri ni.

Memang semua orang tau Kementerian Dalam Negeri tak pernah setuju dengan demo kecuali mungkin yang pencacai pandy kutty buat di Selangor dan Penang. Memang semua orang tau yang demonstrasi anjuran penbangkang tentu punya disertai geng topi merah bersama kereta meriam air gas.

Ada yang akan takut dengan ugutan Hishamuddin ni? Memang aku tak nafikan ada, dalam kalangan orang PAS pun ada, tapi puak-puak ni mungkin sejak azali lagi memang jenis penakut, nampak polis buat roadblock nak pi tempat ceramah pun sanggup patah balik walaupun tak buat salah apa-apa.

Tapinya, aku yakin lebih ramai yang berani, yang tak takut dengan ugutan Hishamuddin tu. Yang selama ni tertunggu-tunggu bila lagi nak rasa perhimpunan macam demo BERSIH yang bersejarah dulu.

Malah aku jugak yakin, bilangan yang berani ni semakin bertambah. Terutama sekali yang cukup rasa tekanan dengan kenaikan haga minyak yang secara tak langsung kos sara hidup depa pun meningkat tapi pendapatan masih tahap yang sama.

Dengan semangat selepas pemilihan PAS baru ni, dengan terpilihnya Mat Sabu, tokoh yang cukup dekat dengan demonstrasi, sebagai Timbalan Presiden PAS bersama dengan 3 'panglima' PAS yang dipilih sebagai Naib Presiden yang tak kenal erti gentar, aku yakin makin ramai yang turut bersemangat sama untuk turun demonstrasi BERSIH kali ni.

Tambah-tambah pulak dengan pengalaman yang ada serba sikit masa sertai demo BERSIH kali pertama dulu, tentu punya depa yang terlibat tu lagi kuat 'meracun' orang-orang sekeliling depa untuk turut sama kalil ni. Selain dari demo BERSIH tu, ada banyak lagi siri demonstrasi kecil-kecilan yang tak kurang jugak hebatnya bagi pengalaman sebagai persediaan untuk berdemo..

Aku yakin kalau pun mungkin tak capai sasaran tapi tentu punya penyertaan kali ni lebih hebat dari demo BERSIH 10 November 2007 dulu.

Mamat atas ni pun aku yakin tak sabar-sabar tunggu tarikh 9 Julai
Macam kata Hishamuddin Rais si TukarTiub,


Berkaitan


   Cenangau Daunkari
Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...