Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu masih enggan mengulas berhubung penyebaran video seks sekitar kawasan Ampang yang dikaitkan dengan dirinya.Inilah sisi buruk yang PAS kena hadapi bila pilih Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden.
Ini kerana, katanya, beliau masih tidak tahu menahu dan mahu mendapatkan maklumat lanjut daripada ahli parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin yang membuat laporan polis berhubung perkara itu terlebih dahulu.
"Bagi saya tanya Zuraida dulu. Nanti baru saya boleh komen," katanya ketika ketika diminta mengulas berhubung penyebaran VCD itu.
Ditanya sama ada beliau selesa kontroversi kisah silamnya diungkit semula, Mohamad menjawab: "Bagi saya tidak mengapa, (ia) kisah lama."
Awal pagi ini, Zuraida membuat aduan di ibu pejabat polis daerah (IPD) Ampang Jaya setelah menemui VCD bersama surat palsu dalam peti surat rumahnya yang kononnya dikeluarkan PAS.
Bahagian luar VCD itu memaparkan imej Mohamad - yang baru dipilih sebagai timbalan presiden PAS yang baru - dengan judul 'Skandal Seks Mat Sabu'. - Mkini.
Aku yakin semua perwakilan PAS yang mengundi Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS masa muktamar minggu lepas sedar isu ni. Depa semua memang tau benda-benda macam ni Umno akan mainkan sungguh-sungguh.
Dan dalam masa yang sama, aku yakin memang pun ada dari perwakilan yang tak undi Mat Sabu pasai risau dengan benda-benda macam ni. Risau imej PAS akan terpalit dengan tohmahan yang keji macam ni.
Isu ni bukan isu baru, memang dah lama dah. Kalau tak silap aku masa kempen pilihanraya umum tahun 1999 lagi dah muncul video lucah Mat Sabu ni. Betul atau tak aku tak tau pasai aku langsung tak berpeluang tengok video tape tu, tak teringin pun.
Jugak isu khalwat Hotel Perdana yang masih jadi macam duri dalam daging kepada PAS yang masih boleh bagi kesan kepada PAS sampai hari ni.
Tu tak termasuk lagi fitnah-fitnah baru yang tentu punya puak-puak Umno terutama sekali blogger lucah pencacai akan buat dari semasa ke semasa. Tentu ada punya la.
Apa pun, aku harap PAS dapat uruskan segera 'krisis' ni dengan baik sama macam PAS dapat uruskan krisis-krisis lain yang mai sekali dengan strategi-strategi yang PAS pilih sebelum ni macam "PAS for all", Angkatan Perpaduan Ummah, Kerajaan Perpaduan, menyertai BN dan lain-lain strategi yang jugak mengundang krisis yang tak kurang payah untuk dihadapi yang akhirnya berjaya PAS tangani.
Ramai ahli dan penyokong PAS yang rasa seronok bila Mat Sabu terpilih sebagai Timbalan Presiden PAS tapi aku harap depa tak lupa, walaupun Mat Sabu memang ada banyak kelebihan yang PAS boleh tumpang tapi dalam masa yang sama Mat Sabu jugak ada banyak kelemahan yang PAS terpaksa tampung.
Untung atau tak PAS pilih Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden tak sepatutnya jadi perbahasan ahli PAS sekarang ni, tapi yang patut difikirkan adalah macamana nak gunakan kelebihan yang ada pada Mat Sabu untuk mencapai cita-cita PAS:
Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya bilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah. - Fasal 5 Perlembagaan PAS
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis